Khalid Ali Kata Pencari Bakat Goyang Kaki Punca Ubi Muda ‘Terlepas’ Ke Luar Negara

khalid ali malaysia lagenda nstp bakat

Baru-baru ini, lagenda bola sepak negara, Khalid Ali ada membangkitkan isu pencari bakat yang goyang kaki sehingga bakat tempatan terlepas ke akademi luar negara.

Berdasarkan kenyataan yang diterbitkan oleh Berita Harian itu, Khalid Ali jelas kecewa kerana pemain-pemain muda negara gagal dikesan sehingga terpaksa berkelana ke akademi luar negara dan mengatakan ianya satu kerugian buat skuad negara.

‘Pencari bakat perlu rajin’

“Oleh itu, perbaiki kelemahan yang ada dan sudah tiba masa pasukan pencari bakat terdiri daripada individu yang lebih ‘rajin’ untuk melihat sendiri pemain muda kita beraksi,” tegas Khalid Ali mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Menurutnya, pihak berkenaan perlulah turun padang untuk melihat bakat-bakat muda berbanding mengharapkan persatuan bola sepak negeri yang menghantar nama pemain-pemain tersebut. Ia adalah kerugian buat negara, menurutnya lagi.

“Saya percaya lepas ini lebih banyak pemain muda berbakat akan ‘timbul’, namun bukannya daripada pasukan pemantau persatuan bola sepak negara tapi pihak luar yang melihat ubi muda kita boleh pergi lebih jauh,” tambah Khalid Ali lagi.

Ketika ini, arena bola sepak negara sedang dilanda berita-berita hangat bakat-bakat muda negara yang berhijrah ke luar negara menyertai kelab atau akademi di sana. Ia dilihat sebagai perkara positif oleh semua, namun tidak bagi lagenda negara ini.

Allee Putra Azril, Omar Raiyan dan Aniq Asri

Tiga nama di atas merupakan pemain-pemain muda yang mendapat peluang untuk berkelana ke luar negara pada ketika ini selain Luqman Hakim Shamsudin yang telah menandatangani kontrak lima tahun bersama KV Kortrijk pada September 2019.

Omar Raiyan Kama Azlan kini sedang bersama kelab Serbia, Red Star Belgrade, sementara Alle Putra Azril dan Aniq Asri Nasharudin pula akan menyertai akademi terkemuka di Sepanyol, FC Malaga City. Selain mereka, ada lagi beberapa pemain lain.

Adakah mereka ini terlepas daripada pemantau bakat di Malaysia? Rasanya tidak dan ianya tidak berasas. Ini kerana, pemain seperti Aniq Asri, bapanya, penyanyi terkenal, Nash, sendiri yang mengambil inisiatif membawa anaknya mencuba nasib di sana.

Aniq Asri merupakan antara graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan berdasarkan bakat dan minatnya, Nash membawa anaknya mencuba nasib di sana. “Kalau ada duit tetapi tiada bakat, apa pun tidak menjadi,” ujarnya kepada Suara Merdeka.

Lain pula kes Luqman Hakim

Kemudian kita dihangatkan pula dengan perkhabaran mengenai Luqman Hakim Shamsudin mengenai perpindahannya KV Kortrijk yang dikatakan masih tertangguh selepas pendedahan mengenai minat yang ditunjukkan oleh Newcastle United.

Luqman Hakim sudah dihubungi oleh kelab di saingan Jupiler Pro League untuk melaporkan diri ke sana selepas kelonggaran pergerakan telah diperolehi, namun pada saat ini, terdengar khabar angin pemain tersebut sedang mempertimbangkannya.

Antara yang menjadi punca pemain yang dimiliki agensi ejen pemain di London, EL-EF SPORT itu berat hati adalah mengenai peluangnya untuk beraksi di pentas AFC B-19 2020 yang dijangka akan berlangsung pada Oktober depan di Uzbekistan.

Menurut laporan Astro Arena, kekal di Selangor II pada ketika ini adalah pilihan yang mungkin sedang diperhalusi oleh pemain berusia 18 tahun itu agar pengendali skuad B-19 negara, Brad Maloney tidak akan terlepas untuk memanggilnya nanti.

Penutup

Jadi, dengan apa yang berlaku ketika ini, apakah yang terbaik buat pemain muda negara yang memiliki bakat untuk menembusi pasaran luar negara? Adakah dengan menyertai kelab atau akademi di luar negara akan menyebabkan mereka ‘terpinggir’?

Sesuatu yang tidak dapat diterima dek akal apabila mengatakan bakat-bakat muda negara yang berpeluang berhijrah ke luar negara akan merugikan negara. Bukankah itu satu langkah yang positif dalam perkembangan karier mereka di masa depan?

KREDIT FEATURED IMAGE:

Baca lagi mengenai Khalid Ali dan Luqman Hakim:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN