Khairy Jamaluddin Minta Penyokong Bersabar Dan Sokong Kepimpinan TMJ

Menteri Beliau dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta penyokong bola sepak Malaysia bersabar dan menyokong kepimpinan baru dalam FAM.

Dalam satu kenyataan beliau yang dipetik daripada laman rasmi FAM, beliau memberitahu yang beliau sudah mendengar beberapa isu hangat dalam bola sepak Malaysia. Dan beliau merumuskan:

“Bola sepak tanah air akan maju apabila wujud pembangunan menyeluruh. Usaha ini sudah pun bermula dengan beberapa perubahan yang digagaskan oleh kepimpinan FAM yang baharu.”

“Antara kejayaan cepat atau ‘quick wins’ yang telah diperolehi adalah, kelayakan Pasukan Negara B-22 ke pusingan akhir Piala Asia B23, kejayaan Pasukan yang sama merangkul pingat perak di Sukan SEA 2017 dan Pasukan Negara B19 muncul naib juara di kejohanan AFF B19.”

“Generasi baharu sedang dilatih melalui Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dengan DNA permainan yang lebih menarik dan berkesan.”

“Setakat hari ini, NFDP, telah melatih 22,575 pemain antara umur 7-17 di bawah 1,205 jurulatih di 126 akademi seluruh negara. NFDP mendapat sokongan padu dari FAM.”

Seterusnya, Khairy Jamaluddin juga meminta penyokong tidak cepat melatah dengan kedudukan ranking Malaysia baru-baru ini yang berada di tangga ke-170.

“Walaupun kedudukan pasukan negara jatuh pada ranking FIFA yang terkini, kita perlu melihat kepada jangka sederhana dan panjang dengan kesabaran. Perubahan dan peningkatan tidak datang dengan sekelip mata.

“Saya sedar kita sudah lama sabar dan menantikan sesuatu, tetapi ingat, kepimpinan FAM baru sahaja dipilih pada 25 Mac lalu.”

Beliau mengakhiri kenyataan beliau dengan meminta penyokong memiliki mentaliti yang positif daripada memikirkan perkara-perkara yang remeh.

Kredit Foto: Facebook HK League.

“Akhir sekali, kita semua mesti ada mentaliti yang positif. Saya sedih melihat polemik bola sepak negara yang menyerang individu-individu tanpa usul periksa, yang memberi tumpuan kepada ayat-ayat gurauan dan bukan kepada intipati sebenar yang serius, yang suka ejek-mengejek dan mencaci-maki.”

“Mentaliti tersebut tidak ada pada negara-negara yang berjaya. Apa yang ada pada mereka adalah ‘positive mindset’ dan ‘winning mentality’.”

KJ berharap kepimpinan FAM tidak ambil pusing dengan suara-suara negatif. Beliau juga percaya Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah individu terbaik untuk memajukan bola sepak negara dengan cemerlang selaku pemilik JDT.

“Saya harap kita semua memberi masa kepada beliau untuk membina kejayaan bola sepak Negara. Saya yakin sentuhan magis beliau yang meletakkan JDT di puncak bola sepak rantau Asia Tenggara dapat juga diberikan kepada bola sepak Negara.”

“Syaratnya, kita mesti positif dan memberi sokongan kepada FAM untuk buat apa sahaja yang perlu dibuat, mengubah apa sahaja yang perlu diubah, demi menjadikan Malaysia gergasi bola sepak Asia.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN