Khairy Jamaluddin Sokong Dan Puji Langkah Proaktif FAM Banteras Bookie

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin menyokong penuh cadangan daripada Presiden FAM berhubung dengan kerjasama lebih erat dengan SPRM.

Sebelum ini Presiden FAM memberikan gambaran bahawa kerjasama FAM dan SPRM akan membolehkan lebih ramai pegawai SPRM memantau aktiviti Liga Malaysia.

Ini termasuk gerak geri mereka ketika di pusat latihan, ketika hari perlawanan dan di mana sahaja.

Difahamkan ada beberapa nama individu yang dicurigai telah dihantar ke SPRM untuk dipantau dan disisat.

Menurut YB Khairy Jamaluddin, langkah ini tepat untuk membanteras gejala bookie dan skandal mengatur perlawanan di dalam Liga Malaysia.

Sebelum ini seorang bekas pemain kebangsaan ditahan reman kerana disyaki terlibat dengan bookie bola sepak.

3 pemain MISC-MIFA berhadapan dengan hukuman berat kerana didapati terlibat dalam skandal mengatur perlawanan.

Khairy Jamaluddin berkata kepada wartawan:

“Langkah Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyerahkan senarai nama mereka yang dalam perhatian untuk dipantau SPRM adalah tepat.”

“Kita nampak langkah proaktif oleh FAM. Mereka tidak menunggu SPRM melakukan siasatan tetapi mereka telah mengambil inisiatif menghantar senarai mereka yang ada dalam perhatian.”

“Ini akan membantu SPRM memantau dan menyiasat kes ini lebih awal.”

Isu rasuah dan bookie dalam bola sepak memang menjadi agenda penting dalam tampuk kepimpinan baru FAM.

Baca juga: Yusoff Mahadi: “Peraturan Pemotongan Mata Sudah Lama Wujud”