Khairul Helmi: “Keharmonian Dan Kesepakatan Di Dalam Pasukan, Kunci Kekuatan Kedah FA”

Kapten Kedah FA Khairul Helmi Johari yakin kunci kejayaan pasukan Kedah FA berjaya melayakkan diri ke dalam perlawanan akhir demi perlawanan akhir ialah keharmonian dan kesepakatan di kalangan pemain.

Sebentar tadi berlangsung sidang media sempena perlawanan akhir Piala Malaysia membabitkan pasukan Kedah FA di Stadium Shah Alam.

Bagi pengendali pasukan Kedah FA Muhammad Nidzam Adzha Yusoff, Stadium Shah Alam adalah venue bertuah buatnya.

Pada musim lalu, beliau membantu Kedah muncul juara Piala Malaysia sebagai  pembantu jurulatih. Musim ini turut menyaksikan Nidzam Adzha membimbing Kedah muncul sebagai juara Piala FA 2017; ketika itu berstatus sebagai pengendali sementara.

Kredit: FMLLP. Facebook.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 pula, adalah peluang bagi Nidzam Adhza untuk mendiamkan pengkritiknya; jika mampu menewaskan juara Liga Super 2017, JDT di dalam aksi final esok.

Bezanya berbanding 2 final terdahulu di stadium yang sama, kali ini Nidzam mengambil peranan selaku ketua jurulatih Kedah FA.

“Sudah 3 tahun berturut-turut FMLLP menganjurkan final di stadium yang sama. Sudah tentu kita harapkan tuah yang sama buat Kedah FA,” ujar pengendali berusia 49 tahun itu membuka bicara.

Ditanya mengenai perbezaan melangkah ke perlawanan akhir sebagai ketua jurulatih berbanding ketika membantu Kedah menjuarainya sebagai pemain, Nidzam mengakui tanggungjawab kali ini lebih berat.

“Ketika bermain, saya hanya perlu ‘perform’ ketika di atas padang. Tapi kali ini banyak perkara harus dilakukan. Persiapan sebelum perlawanan, ketika perlawanan, dan apa yang berlaku ketika perlawanan, saya harus mengambil tindakan dengan pantas.”

Kredit: FMLLP, Facebook

Ditanya mengenai masalah kecederaan di dalam pasukan untuk perlawanan esok terutamanya kecederaan yang menimpa Ken Ilso sebelum ini, Nidzam mengesahkan kesemua pemain termasuk pemain import tersebut sudah cergas sepenuhnya dan bersedia untuk diturunkan.

Nidzam turut mahukan perlawanan dimenangi oleh barisan anak buahnya di dalam tempoh 90 minit perlawanan.

Nidzam Adha turut berpendapat JDT mempunyai pemain serba lengkap di setiap posisi, namun akan cuba mengeksploitasi kelemahan yang terdapat di bahagian pertahanan Liga Super itu.

Bagi kapten pasukan Kedah FA, Khairul Helmi JDT adalah sebuah pasukan yang lengkap dari segi kekuatan.

Kredit: FMLLP, Facebook

Namun demikian, beliau mengharapkan setiap pemain yang akan menggalas tanggungjawab esok akan memberi komitmen sebaik mungkin demi kemenangan pasukan.

Khairul Helmi turut menggariskan kekuatan utama dan kunci kejayaan Kedah FA selama ini ialah keharmonian di dalam pasukan.

Walaupun mempunyai barisan pemain senior dan pemain muda, kerjasama sebagai satu pasukan sangat baik, sehingga mampu melayakkan diri ke perlawanan akhir buat kali ke-3.

Kredit: FMLLP, Facebook

Ditanya mengenai keadaan semasa di dalam kem Kedah FA, ini jawapan kapten Kedah FA:

“Hubungan pemain dengan pihak pengurusan sangat baik dan tidak ada masalah.”

“Kalau ada sikit-sikit pun, biasalah dalam bola sepak. Motivasi setiap pemain sangat tinggi seperti yang ditunjukkan ketika latihan, dan setiap pemain sudah tidak sabar untuk aksi esok.”

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN