Khairul Fahmi Sedia Sakitkan Kepala Zainal

Khairul Fahmi

Penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat bersedia untuk berikan Zainal Abidin Hassan gundah gulana dalam pemilihan sebagai penjaga gol utama pasukan itu.

Menurut laporan The Star Online, persaingan untuk menjadi penjaga gol nombor satu pasukan itu jelas begitu kompetitif antara beliau dan Norazlan Razali serta Solehin Mamat.

“Ianya cukup mencabar untuk saya tetapi sangat bagus. Persaingan ini cukup bagus untuk kami bertiga malah untuk pasukan juga.”

Bekas penjaga gol kebangsaan itu berkata saingan yang diberikan adalah untuk Zainal untuk memilih penjaga gol mana yang terbaik untuk diletakkan pada hari perlawanan.

“Bagi jurulatih, pening kepala untuk pilih pemain itu adalah baik. Bila berlatih, kita semua fokus tetapi di luar kami semua adalah kawan.”

“Jadi persaingan ini tidak akan berikan kesan buruk kepada kami walaupun sikit.”

Melaka United memasang impian untuk menjadi lima pasukan terbaik dalam saingan Liga Super pada musm ini.

Musim lalu mereka berjaya menduduki tangga keenam yang merupakan kedudukan tertinggi mereka dalam sejarah.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram