KFA Tak Mahu ‘Tanggung’, Skuad Bola Sepak Wanita Kedah Bawa Haluan Sendiri

skuad bola sepak wanita kedah ptsr 2021

Juara Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2018, skuad bola sepak wanita Kedah sudah boleh dianggap ‘berkubur’ selepas dinafikan untuk beraksi pada musim ini.

Mereka dinafikan oleh badan induk yang mengelola mereka sendiri iaitu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) apabila dikhabarkan oleh Presiden yang juga Menteri Besar Kedah bahawa skuad itu ketiadaan dana untuk menyertai kejohanan PTSR musim ini.

Seperti yang semua sedia maklum, bola sepak wanita, bola sepak pantai dan program pembangunan bola sepak adalah dibawah kelolaan persatuan negeri dan bukanlah di bawah kelab yang baharu diwujudkan tempohari iaitu Kedah Darul Aman FC.

Dengan perkhabaran ketiadaan dana untuk menyertai PTSR dan pemaklumkan tiada penyertaan daripada Kedah untuk musim 2021, mereka kini terpaksa bergerak secara persendirian untuk tetap menyertai kejohanan PTSR tanpa kelolaan KFA kali ini.

Lebih menyedihkan, pasukan yang kini akan dikenali sebagai Red E’Girls terpaksa membuat permohonan bantuan dan pencarian penaja mereka di media sosial mereka untuk mencukupkan dana bagi membolehkan mereka menyertai kejohanan tersebut.

PTSR 2021 dijadualkan akan bermula Jun depan selepas kejohanan yang sepatutnya dilangsungkan pada musim lalu tertangguh akibat penularan pandemik COVID-19.

Memetik kenyataan di laman Facebook pasukan bola sepak wanita Kedah iaitu Kelab Bolasepak Red Eagle – Red E’ Girls, Naib Juara musim 2019 itu kini tampak amat memerlukan dana bagi membolehkan mereka boleh bersaing di PTSR musim ini.

“Salam Jumaat dan Salam Sejahtera. Dalam rangka penubuhan kelab bolasepak wanita pertama di utara ini, kami berhasrat untuk menghantar pasukan bersaing dalam satu-satunya kejohanan untuk bola sepak wanita iaitu PTSR musim 2021.

“Kami memerlukan penaja dan dana untuk bersaing kali ini kerana akan bergerak secara berdikari untuk musim 2021. Moga tajaan dan sumbangan pihak Datuk/ Tuan/ Puan sama-sama dapat manfaat dan menyumbang ke arah pembangunan sukan khususnya bola sepak wanita di Kedah ini,” titip kenyataan di akaun Facebook itu.

Terbaharu, mereka dilihat menjual baju untuk penyokong yang mana hasil jualannya diharapkan agar dapat menampung sedikit sebanyak perjalanan mereka ke kejohanan tersebut. PTSR 2021 dijangka sengit dengan penyertaan lebih banyak pasukan yang secara tidak langsung dilihat bakal lebih memeriahkan PTSR pada edisi ini.

Salin itu, mereka amat berharap dan berhasrat dalam jangka masa panjang untuk menjalankan klinik-klinik dan aktiviti berkaitan bola sepak wanita di negeri Kedah.

Mereka dilihat konsisten untuk tiga tahun mara ke final dengan dua kali dikecewakan, iaitu pada edisi 2017 – tewas kepada Sarawak 0-1, dan pada musim 2019, mereka tunduk kepada Melaka United 3-1 dalam penentuan sepakan penalti.

Baca lagi artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Malaysia:

MKN Beri Lampu Hijau Liga Malaysia Diteruskan, MFL Beri Peringatan Kelab Jaga SOP

Isu Pemilihan Pemain, Kenapa Perlu Pertikai Tan Cheng Hoe Pilih Akhyar?

Penyelesaian Kepada Safee Sali, Kenapa Tidak Kembali Ke PJ City?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN