KFA: “Safiq Rahim Yang Mahu Ke Sini, Bukan Kami Yang Nakkan Beliau”

KFA dalam sidang media mereka pada 22 November 2018 mengesahkan bahawa mereka buat masa ini tidak berminat mendapatkan Safiq Rahim.

KFA menjawab soalan yang diajukan wartawan berkenaan spekulasi mengaitkan bekas kapten JDT itu dengan Kedah.

Safiq Rahim masih belum ada kelab lagi buat masa ini. Beliau berpisah dengan JDT selepas kelab Harimau Selatan tersebut memutuskan untuk menamatkan kontrak beliau.

Safiq Rahim antara pemain yang menjadi buruan banyak kelab di Malaysia dan di sekitar Asean. Antara pasukan yang dikaitkan dengan Safiq Rahim adalah Kedah FA.

Naib Presiden KFA, Anas Hafiz Mustafa  memberitahu, Safiq Rahim ada menunjukkan minatnya menyertai Kedah FA dan menawarkan dirinya untuk menyertai pasukan Lang Merah.

Safiq Rahim kembali mengalas tugas sebagai kapten pasukan malam ini. FOTO: FAM

KFA menegaskan, buat masa ini mereka tidak berminat untuk mendapatkan khidmat Safiq Rahim. Ia sekaligus menafikan desas-desus bahawa KFA berminat mahukan pemain tersebut.

Namun begitu, Anas Hafiz kemudiannya menyatakan KFA tidak menutup pintu kepada mana-mana pemain yang mahu menyertai Kedah termasuk Safiq Rahim.

Namun ia perlu melalui proses yang telah ditetapkan termasuk ujian kecergasan – tak kira pemain itu pemain bintang ataupun bukan.

Anas gembira kerana menyatakan ia satu perkembangan yang positif apabila pemain seperti Safiq Rahim mahu datang ke Kedah.

Dan KFA juga memberitahu mereka tidak ada membuat sebarang tawaran rasmi kepada pemain tersebut.

“Safiq Rahim ada [ dikaitkan dengan Kedah dalam perpindahan kali ini], namun bukan atas usaha daripada KFA [mahu membawa Safiq ke Kedah].”

“Kita dimaklumkan oleh beberapa pihak yang menyatakan beliau berminat [bermain untuk Kedah] – kalau ada tawaran.”

“Tetapi sampai sekarang, saya nak jelaskan bahawa KFA tak pernah membuat apa-apa tawaran lagi kepada Safiq Rahim.”

KFA juga menegaskan bukan Safiq Rahim sahaja yang mahu ke Kedah, tetapi ramai lagi pemain – termasuk yang berprofil tinggi – yang berminat ke Kedah. Antara nama besar selain Safiq Rahim yang mahu ke Kedah ialah Norshahrul Idlan Talaha serta Zaquan Adha.

Tentang siapa pengganti Liridon, KFA mengesahkan mereka sudah ada pengganti untuk pemain tersebut.

Dalam sidang media yang sama, KFA menyatakan mereka melantik Pegawau Sains Sukan untuk menyertai mereka musim 2019. Mereka sudah menemui calon yang sesuai dan memberikan tawaran.

Tugas pegawai Sains Sukan ini akan membantu jurulatih menguruskan pemain berkaitan dengan hal saintifik termasuk diet.

Selain itu, Pegawai Sains Sukan ini juga akan membantu jurulatih menyelia aktiviti pemain yang tak terlibat dalam tugasan – terutamanya ketika pasukan pergi bermain di tempat lawan.

Ada beberapa pemain akan tinggal di kem pasukan pada hari perlawanan di tempat lawan, dan para pemain ini akan dipantau oleh Pegawai Sains Sukan bagi memastikan mereka dalam kondisi terbaik. KFA menyatakan sebelum ini pemain yang tidak terlibat dalam tugasan di tempat lawan agak terbiar begitu sahaja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN