KFA Nafikan Spekulasi Baddrol Dan Amirul Hisyam Ke JDT, Nidzam Adzha Kekal!

KFA menerusi Setiuasahanya, Datuk Aminuddin Omar mengeluarkan kenyataan bahawa 2 tonggak utama mereka, Baddrol Bakhtiar dan Amirul Hisyam akan kekal bersama skuad Lang Merah pada musim hadapan.

Sekaligus menepis spekulasi yang 2 pemain itu bakal ke JDT. Dalam bola sepak gosip perpindahan pemain itu perkara biasa kerana adanya jendela perpindahan.

Namun pihak KFA menegaskan yang Baddrol Bakhtiar dan Amirul Hisyam gembira di Kedah dan tidak pernah bertemu dengan pengurusan untuk membincangkan soal perpindahan ke kelab lain.

Baddrol Bakhtiar antara pemain tengah berpengaruh di dalam kancah liga domestik walaupun kualiti beliau masih belum diterjemahkan di dalam skuad kebangsaan.

Pemain tengah ini juga kapten kedua dalam skuad Kedah. Beliau mampu melakukan jaringan dari dalam dan luar kotak penalti.

Amirul Hisyam adalah pemain yang bermain untuk Malaysia dalam peringkat remaja dan juga senior. Krisis kecederaan musim ini membuatkan aksi beliau agak terhad.

Namun musim lalu, pemain berbadan kecil ini melalui antara musim terbaik di dalam karier beliau dengan peranan no.6 moden yang diberikan kepada beliau.

Dalam perkembangan lain, Datuk Aminuddin Omar juga masih memberikan kepercayaan kepada Nidzam Adzha untuk terus membimbing pasukan Kedah.

Nidzam Adhza Yusoff

Protege kepada Tan Cheng Hoe ini dikatakan dalam tekanan dan ada khabar angin menyebut yang beliau mahu berundur.

KFA masih percayakan kualiti yang ada pada Nidzam Adzha selepas beliau membantu Kedah menjuarai Piala FA musim ini.

Datuk Aminuddin Omar meminta penyokong Kedah tidak memikirkan soal itu buat masa ini, sebaliknya fokus kepada kempen kalah mati Piala Malaysia adalah keutamaan mereka.

Sumber

Mstar Online – http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/10/05/kfa-nafi/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN