Keylor Navas: PSG Sudah Bersedia Untuk Rebut Kejuaraan UCL

Keylor Navas PSG

Penjaga gol utama Paris Saint-Germain (PSG), Keylor Navas melaungkan amaran bahawa skuad gergasi Perancis itu bermotivasi tinggi bagi menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat pertama kali.

Berjaya layak pusingan kalah mati sejak lapan edisi lalu, perjuangan juara Ligue 1 2019/20 itu bagaimanapun sentiasa akan terhenti di pusingan 16.

Kekecewaan yang pastinya akan sentiasa diingati wakil Perancis itu ialah ketika gagal menggunakan kelebihan 4-0 yang dimiliki pada aksi pertama menentang Barcelona dalam saingan 2016/17 apabila lawan dari Sepanyol itu bangkit di perlawanan kedua dengan kemenangan 6-1.

Namun, musim ini menampilkan skrip yang berbeza setelah skuad bimbingan Thomas Tuchel tersebut berjaya melayakkan diri ke suku akhir selepas menundukkan Borussia Dortmund menerusi kelebihan gol di tempat lawan [3-3].

Sehubungan dengan itu, Navas melihat para pemain PSG sudah bersedia untuk memberikan cabaran sengit dalam memburu kejuaraan berprestij tersebut.

”Saya tahu [saingan Liga Juara-Juara Eropah] amat sukar, tetapi ia juga tidak mustahil untuk diraih.”

Jadi, kami sudah bersedia untuk bersaing hebat dalam pertandingan ini,” ujar Navas menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Saya juga tahu bahawa rakan sepasukan saya begitu bermotivasi.”

”Mereka bekerja keras di rumah kerana mereka tahu setiap daripada mereka sangat penting buat kejohanan ini, buat pasukan, para penyokong. Kami tahu tanggungjawab kami,” tambah Navas lagi.

Kredit featured image: Stuart Franklin/Bongarts/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai penjaga gol kelahiran Costa Rica ini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram