Keylor Navas Anggap Perpindahan Dari Real Madrid Sama Seperti Mahu Mati

Thibaut Courtois sudah sah bergelar penjaga gol Real Madrid selepas ditawarkan perjanjian selama 6 tahun. Namun ketibaan penjaga gol antarabangsa Belgium itu di Estadio Santiago Bernabeu tidak menyebabkan penjaga gol mereka sebelum ini berganjak walau seinchi pun.

Keylor Navas telah membantu Real Madrid memenangi tiga kejuaraan eropah secara berturut-turut dan masa depan penjaga gol Costa Rica itu mulai menjadi pertanyaan selepas ketibaan Courtois.

(Photo by Ira L. Black/Corbis via Getty Images)

Di sebalik pelbagai perkhabaran sejak beberapa musim sehingga pengesahan Courtois menuju Bernabeu, Navas menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk angkat kaki dari skuad Los Blancos.

Ketika ditanya mengenai perancangan beliau selepas ini sepeti yang disiarkan oleh Goal, Navas sambil berseloroh berkata:

“Sudah tentu, dan kali ini saya akan berkata dengan lebih bersungguh-sungguh. Keinginan saya untuk meninggalkan Real Madrid sama seperti keinginan saya untuk mati!” ujar Navas kepada sebuah program, Onda Cera di Sepanyol.

Navas menyertai Real Madrid dari Levante, setelah gergasi La Liga itu sanggup membayar klausa pelepasan untuk penjaga gol berusia 31 tahun itu pada 2014.

Masa hadapan Navas bersama Real Madrid sering menjadi spekulasi selepas kelab tersebut cuba untuk mendapatkan khidmat David De Gea dari Manchester United.

Keylor Navas
MADRID, SPAIN – APRIL 08: Keylor Navas of Real Madrid makes a save during the La Liga match between Real Madrid CF and Club Atletico de Madrid at Bernabeu on April 8, 2017 in Madrid, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Namun perpindahan yang satu ketika dulu hanpir pasti, digagalkan oleh mesin faks yang rosak, sebelum penjaga gol tersebut bangkit membantu Los Blancos dengan beberapa kejuaraan.

Antara kejuaraan yang diraih oleh penjaga gol itu sepanjang berada di Bernabeu setakat ini ialah tiga kejuaraan UEFA Champions League dan Piala Keab Dunia FIFA, dua kejuaraan UEFA Super Cup, satu gelaran La Liga dan juga Supercopa de Espana.

Navas tampil sebagai penjaga gol utama Real Madrid selepas pemergian legenda kelab, Iker Casillas yang mengubah angin ke Porto pada 2015.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN