Kevin Keegan Telah Bersetuju Untuk Melatih Malaysia

Liverpool-Legend-Kevin-Keegan-back-in-Liverpool-last-nigh-at-the-Shankly-Hotel

Biar betul? Kevin Keegan akan bawa Malaysia? Tan Cheng Hoe macam mana? Eleh, kalau lagenda England itu datang Malaysia pun, tak ke mana bola sepak kita.

Mungkin itu adalah antara persoalan, kenyataan, telahan yang akan terbit daripada mulut para penyokong Malaysia apabila membaca tajuk di atas. Ya, mustahil lah!

Itu merupakan tajuk salah satu berita yang diterbitkan oleh Liverpool Echo pada 1984. Keevin Keegan telah dijemput untuk melatih skuad muda negara, Harimau Malaysia, disamping turun bermain bersama mereka pada kejohanan Pestabola Merdeka 1984.

Kevin Keegan telah bersetuju untuk menjadi jurulatih skuad kedua Malaysia, Harimau Malaysia. Keegan akan tiba di Kuala Lumpur pada 15 Ogos untuk tempoh empat minggu bagi bersama pasukan tersebut, selain turut akan bermain untuk mereka pada kejohanan sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan tahun ini.

Liverpool Echo pada 23 Julai 1984.
Kevin Keegan memakai jersi Malaysia. FOTO: Legasi Lagenda

Kevin Keegan ketika itu baru bersara daripada bola sepak – kali terakhir beraksi bersama Newcastle United pada 12 Mei 1984 di usia 33 tahun, selepas membantu mereka meraih promosi ke Divisyen Utama, kini dikenali English Premier League (EPL).

Kejohanan Pestabola Merdeka pada tahun itu melibatkan 12 pasukan dengan Malaysia telah menghantar dua pasukan, Malaysia dan skuad muda negara, Harimau Malaysia.

Selain itu, kejohanan yang berlangsung selama hampir sebulan itu turut disertai oleh negara seperti Papua New Guinea, Liberia, Indonesia, Thailand, Pakistan, China B, Korea Selatan B-23, Algeria B-20, Pilihan Argentina (kelab) dan Pilihan Brazil (kelab).

Harimau Malaysia yang dilatih dan diketuai Kevin Keegan itu menamatkan kejohanan di kedudukan ketiga kumpulan B, di belakang Korea Selatan B-23 dan China B.

Skuad Harimau Malaysia di Pestabola Merdeka 1984 bersama Kevin Keegan. FOTO: Lanteng’s

Selain itu, seorang lagi pemenang Ballon d’Or, George Best juga pernah beraksi bersama skuad muda negara dalam Pestabola Merdeka 1983. Pemain tengah menyerang dan sayap itu telah dilantik sebagai ketua pasukan muda tersebut.

Edisi ke-27 itu disertai oleh dua wakil Malaysia, iaitu Malaysia dan Harimau Malaysia, Pilihan Argentina, Pilihan Korea Selatan, Pilihan Algeria, Bangladesh, Nepal, Ghana, Skuad Olimpik Korea Selatan, Pilihan Brazil (kelab), Thailand dan Skuad Olimpik USA.

Skuad yang dipimpin George Best juga sebagaimana skuad Kevin Keegan, tersungkur di peringkat kumpulan. Namun, ia satu pengalaman yang hebat buat pemain-pemain muda negara ketika itu apabila dapat beraksi bersama kedua-dua pemain itu.

Antara pemain-pemain muda negara yang terlibat dalam kedua-dua tahun tersebut adalah Ahmad Sobri Ismail, Azlan Johar, Azizul Abu Haniffah, Dollah Salleh, Razip Ismail, Abdul Karim Pin, K. Ravindran, M. Ravindran dan Manja Man.

KREDIT FEATURED IMAGE: LIVERPOOL ECHO

Baca lagi artikel mengenai Kevin Keegan dan George Best:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN