Kevin De Bruyne: Saya Tak Mampu Ikut Cara David Silva

Kerjasama Semuanya BOLA

Kevin De Bruyne

Tonggak utama Manchester City, Kevin De Bruyne menegaskan bahawa beliau tidak mampu untuk memainkan peranan yang sama seperti dipamerkan oleh bekas pemain tengah The Cityzens, David Silva.

Silva yang telah beraksi selama 10 musim bersama Manchester City memilih untuk kembali ke Sepanyol pada musim ini bagi menyarung jersi pasukan saingan La Liga, Real Sociedad.

Selepas mengharungi satu perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pasca pemergian Silva, De Bruyne merasakan peranan hebat bekas rakan sepasukannya tidak mampu diikutinya.

”David Silva merupakan seorang pemain luar biasa buat kami. Saya tidak boleh melakukan apa yang telah dipamerkan olehnya sebelum ini.”

”Saya harus membantu pasukan dengan cara yang biasa saya lakukan. Semua orang perlu menunjukkan kualiti mereka sendiri,” ujar De Bruyne menurut laporan Goal.

”Sudah tentu amat sukar kerana David merupakan seorang pakar di kawasan yang sempit tetapi saya merasakan kami mempunyai pemain yang boleh melakukan tugasan tersebut.”

”[Aksi Silva] pastinya akan dirindui tidak kira di dalam mahu pun di luar luar padang.”

”Saya merasakan [posisi saya] bergantung kepada bagaimana pasukan lawan beraksi. Wolves bermain dengan bek bertiga jadi pengurus mahu mendorong mereka naik tinggi dan bermain selamat dengan dua pemain tengah bertahan.”

”Kami mempunyai ramai pemain serangan jadi saya boleh memberikan peluang kepada mereka dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan,” tambah De Bruyne lagi.

Kredit featured image: Catherine Ivill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Kevin De Bruyne:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram