Kevin Campbell: Sistem Arteta Perlukan Pemain Yang Sesuai

Arteta

Kehadiran Mikel Arteta membimbing Arsenal dilihat telah memberikan nafas baharu buat kelab tersebut selepas menghadapi fasa ‘hambar’ ketika di bawah kendalian pengurus terdahulu, Unai Emery.

Namun begitu, bekas penyerang Arsenal, Kevin Campbell menegaskan bahawa kelab tersebut tidak mempunyai barisan pemain yang seimbang untuk disesuaikan dengan sistem pilihan diterapkan Mikel Arteta.

Campbell yang mula beraksi bersama Arsenal ketika saingan Liga Perdana Inggeris masih belum diperkenalkan (1988/89) melihat Arteta menerapkan corak permainan mirip skuad juara bertahan, Manchester City.

Hal ini sudah pastinya amat jelas kerana Arteta adalah merupakan pembantu kepada Pep Guardiola sejak tahun 2016 sebelum disambar Arsenal pada 20 Disember tahun lalu.

”Malangnya, Mikel Arteta adalah pengurus ketiga kita [Arsenal] pada musim ini, jadi ia akan mengambil sedikit masa yang lama kerana pada ketika ini kita telah memiliki pengurus yang betul.”

LONDON, ENGLAND – MARCH 07: Mikel Arteta, Manager of Arsenal embraces his coaching staff following his sides victory in the Premier League match between Arsenal FC and West Ham United at Emirates Stadium on March 07, 2020 in London, United Kingdom. (Photo by Julian Finney/Getty Images)

”Tetapi pada ketika ini juga kita perlulah untuk membawa masuk pemain yang betul,” ujar Campbell menurut laporan Goal.

Dalam pada itu, Campbell turut mengakui bahawa persamaan terhadap sistem yang diamalkan oleh pengurus tersebut dengan mentornya, Pep Guardiola.

”Semua orang mengetahui bahawa sistem diamalkan oleh Pep Guardiola ialah menyerang, menyerang dan menyerang.”

”Sistem Pep Guardiola ialah memerlukan anda bekerja keras dan menekan bola [tekanan tinggi]. Begitulah cara sistem tersebut berjalan.”

”Apabila anda berjaya melakukannya, anda semua boleh bermain bola sepak dengan cantik.”

”Yang paling penting, anda perlu mempunyai pemain yang betul untuk bermain [sistem Mikel Arteta],” ujar Campbell lagi.

Ketika saingan Liga Perdana Inggeris ditangguhkan susulan wabak COVID-19, Arsenal berada di tangga kesembilan selepas mencatatkan 40 mata hasil sembilan kemenangan, 13 seri dan enam kekalahan dialami.

Kredit foto: Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Arsenal:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram