Ketibaan Sarri di Juventus Bantu Dybala Kembali Menyinar

Dalam beberapa musim sebelum ini, agak sukar untuk melihat nama Paulo Dybala menjadi perhatian. Malah beberapa bulan lepas sehingga penghujung tempoh pintu perpindahan musim panas dibuka, beliau dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab seperti Manchester United dan Tottenham Hotspur.

Dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada Selasa, beliau muncul wira Juventus selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan yang memastikan kemenangan ke atas Atletico Madrid sekaligus mengesahkan kedudukan kelab Itali itu selaku pendahulu kumpulan.

Apabila Maurizio Sarri mengambil alih jawatan pegurus di kelab Turin itu pada awal musim, beliau mengumumkan tindakan pertamanya adalah ‘mencantas’ mana-mana pemain yang dirasakan tidak sesuai dengan taktikalnya. Ramai pihak yang menjangkakan salah seorang daripadanya adalah Dybala.

Prestasi turun naik penyerang Argentina itu sejak menyertai Juventus pada 2015 sedikit sebanyak mengganggu reputasi hebat yang dimilikinya. Malah Dybala dilihat agak bergelut untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama terutama selepas kemasukan Cristiano Ronaldo di bahagian serangan.

Selepas perpindahan keluarnya tidak berjaya, pemain berusia 26 tahun bertekad untuk tidak lagi menoleh ke belakang. Kini beliau menjadi pemain penting dalam sistem yang dipanggil ‘Sarriball’ dengan terlibat dalam gerakan-gerakan yang memerlukan kepantasan di atas padang.

Jaringan cantik menerusi sepakan percuma ketika berdepan Atletico adalah yang gol ketujuh dalam semua pertandingan pada musim ini.

“Benda pertama yang muncul dalam kepada saya ketika itu, apa kejadah yang dia buat untuk ambil sepakan percuma dari sana. Tetapi hasilnya amat menakjubkan,” kata Sarri.

“Dybala berada pada kelas tersendiri, dalam tempoh ini prestasinya amat positif. Jadi sekarang ini dia benar-benar berbeza.”

Sebelum perlawanan pada Selasa lepas, Dybala telah memberitahu akhbar Sepanyol El Pais bahawa Sarri telah mengembalikan keseronokan dalam corak permainannya.

“Beliau mengajar kami cara yang berbeza untuk memahami permainan. Bagi pihak saya dan juga penyerang lain, ianya lebih menyeronokkan. Kami lebih banyak menguasai bola dan boleh mencipta lebih banyak peluang,” ujar Dybala.

“Ia membolehkan kamu mengambil risiko dan melakukan sesuatu yang berbeza kerana kamu tahu kami akan perolehi peluang lain. Ianya ternyata sangat banyak membantu.”

Dybala menegaskan beliau tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kelab itu dan mahu terus diberi peranan yang lebih penting di bawah kendalian Sarri.

“Saya tidak boleh terlalu lama tidak mendapat bola, saya perlu menyentuhnya untuk lebih banyak aksi. Ianya satu keperluan untuk mencipta peluang, untuk membuat percubaan, untuk menggelecek,” tambahnya lagi.

“Gol tetap keutamaan, sudah tentu. Tetapi saya juga merasa puas jika dapat membuat bantuan jaringan. Selain menjaringakn gol, dapat memeluk rakan sepasukan selepas memberikan bantuan jaringan kepada mereka adalah satu perasaan yang amat hebat.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN