Ketiadaan Neymar Cetus Spekulasi, Leonardo Akui Perbincangan Perpindahan Semakin Serius

Neymar tidak akan beraksi untuk Paris Saint-Germain (PSG) pada perlawanan pertama kempen di Ligue 1 menentang Nimes, sekaligus mencetuskan spekulasi bintang Brazil itu semakin hampir menuju pintu keluar dari kelab tersebut.

Pengarah Sukan PSG, Leonardo turut mengesahkan perbincangan perpindahan melibatkan pemain itu kini berada di tahap seterusnya dan semakin serius dari sebelumnya.

Namun sehingga kini, PSG masih enggan mengesahkan sebarang pelepasan atau hala tuju pemain tersebut sekiranya meninggalkan kelab itu.

Sebelum ini Barcelona dikatakan sangat berminat untuk mendapatkan kembali khidmat Neymar. Terbaru, Real Madrid dikatakan turut melihat Neymar sebagai prospek pemain mereka.

Neymat menyertai PSG pada 2017, dengan nilai rekod dunia £200 juta. Jumlah wang tersebut dikatakan dibayar oleh firma yang memiliki PSG, Qatar Sports Investment kepada Neyamar, untuk beliau menebus sendiri kontrak sedia ada bersama Barcelona pada ketika itu.

Walaupun karier Neymar bersama PSG sering kali dibayangi kecederaan, beliau telah berjaya menjaringkan 34 gol dalam tempih dua musim yang lalu untuk kelab tersebut.

Pengendali PSG, Thomas Tuchel mengesahkan Neymar menjalani latihan bersama pasukan itu, namun tidak cukup cergas untuk diturunkan pada perlawanan seterusnya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram