Ketiadaan Gareth Bale Beri Peluang Buat Ben Woodburn Untuk Menyerlah – David Edwards

Ben Woodburn

Pemain tengah Wales yang beraksi bersama Reading, David Edwards menyifatkan pemain muda, Ben Woodburn yang masih segar dengan anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan Wales 2017 mampu untuk mengikuti jejak langkah Gareth Bale.

Wales akan beraksi menentang Georgia tanpa kelibat Bale yang mengalami kecederaan hamstring dan Edwards menyifatkan ketiadaan bintang tersebut memberikan ruang seluasnya buat Woodburn yang berusia 17 tahun itu untuk menyerlah dan ‘berkembang maju’.

”Saya telah melihat banyak peningkatan oleh Ben (Woodburn) dan dia mengingatkan saya kepada Gareth (Bale) ketika dia masih remaja,” kata Edwards.

”Dan jika anda melihat apa yang Gareth lakukan ketika Euro, semakin besar tahap pertandingan, semakin banyak dia berkembang (prestasinya). Tidak ramai pemain dapat melakukan sepertinya ketika seluruh dunia menyaksikan kelibatnya.”

Ben Woodburn
2nd September 2017, Cardiff City Stadium, Cardiff, Wales; World Cup Qualifier, Group D; Wales versus Austria; Ben Woodburn (R) of Wales celebrates after scoring his sides first goal in the 73rd minute of the match (Photo by Paul Jenkins/Action Plus via Getty Images)

”Dari apa yang saya lihat, Ben sama sepertinya (Bale) dan akan menikmati peluang untuk membuktikan kepada semua orang bahawa keupayaan yang dimilikinya.”

Woodburn berjaya membalas kepercayaan yang diberikan Chris Coleman apabila menghasilkan jaringan kemenangan ketika Wales menumpaskan Austria 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Cardiff pada awal bulan lalu.

Wales tidak memenangi sebarang perlawanan dalam perlawanan yang tidak disertai Bale sejak tahun 2013 dan bakal dengan kehilangan pemain sayap Real Madrid tersebut pada perlawanan menentang Georgia dan Republik Ireland.

”Gareth mempunyai keupayaan untuk memenangi perlawanan dengan usahanya sendiri, mencipta sedikit keajaiban. Tetapi kami mempunyai pemain lain yang dapat melakukan perkara yang sama seperti Aaron (Ramsey), yang melakukanya ketika menentang Serbia disana.”

Ketiadaan Bale akan memberikan peluang kepada Chris Coleman untuk meletakkan Ramsey sebagai pemain yang lebih menyerang yang menjadikan perlawanan malam ini sebagai kaps ke-50 buat beliau.

Wales kini berada ditangga ke-2 Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2018 dan perlu memenangi baki kedua-dua perlawanan untuk melayakkan diri ke Russia, andai tidak berjaya layak secara automatik setidak-tidaknya mereka masih mempunyai peluang dalam ‘Play Off’.

Sumber :

Sky Sports (2017) – http://www.skysports.com/football/news/12018/11067512/liverpools-ben-woodburn-like-a-young-gareth-bale-says-david-edwards

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram