Kesilapan Penjaga Gol Gombak Klasiko Hadiah Kemenangan 1-0 Buat Shah Alam PIB

Perlawanan di antara Shah Alam PIB FC dan Gombak Klasiko FC di dalam kumpulan B Selangor Champion League 2017, berakhir dengan keputusan 1-0 memihak kepada Shah Alam PIB FC.

Klasiko FC hadir dengan keyakinan dan momentum yang tinggi setelah menewaskan TTDI Terrapins 4-0 pada perlawanan minggu lepas. Pengurus mereka, Khairul Anuar semestinya ingin meneruskan prestasi cemerlang ini menentang Shah Alam PIB FC.

Shah Alam PIB FC pula, dipimpin oleh saudara Ikhram, belum lagi berjaya mengutip sebarang mata setelah tewas.

Perlawanan bermula dengan tempo yang tinggi dari kedua-dua pasukan, khususnya Shah Alam PIB FC yang mengekalkan corak permainan high pressing mereka.

Daripada perlawanan ini, Nampak Shah Alam PIB FC sedang dahagakan kemenangan setelah 2 perlawanan tanpa mata.

Walaupun bermain dengan tempo yang laju, kedua-dua pasukan menghadapi kesukaran untuk mencipta peluang menjaringkan gol.

Shah Alam PIB FC cuba menggunakan kelebihan pemain nombor 11 mereka, Muhd Huzaini yang memiliki kelajuan apabila menyerang dari arah kanan.

Kombinasi Muhd Huzaini dan Amirul Ashraff berjaya membuka ruang kepada Shah Alam PIB FC untuk menyerang Gombak Klasiko FC. Walau bagaimanapun, bahagian pertahanan Gombak Klasiko FC masih mampu menangani serangan-serangan daripada Shah Alam PIB FC.

Pemain paling menyerlah dari Shah Alam PIB FC merupakan Amirul Ashraff, penggerak bahagian tengah pasukannya.

Amirul menyerlah ketika peringkat kelayakan, namun tidak berjaya mempamerkan prestasi yang sama pada 2 perlawanan pertama mereka. Amirul lebih menyerlah pada malam semalam apabila mengawal pergerakan tengah dan distribution bola buat pasukannya.

Shah Alam PIB FC bernasib baik apabila cubaan sepakan percuma mereka dari kanan padang tidak ditangkap dengan kemas oleh penjaga gol Gombak Klasiko FC, Wan Muhd Danial, apabila bola terlepas dari genggaman beliau dan bergolek masuk ke golnya sendiri.

Sekali lagi penjaga gol Gombak Klasiko FC mengecewakan pasukan mereka. Masalah yang masih belum dapat diselesaikan oleh pengurus Gombak Klasiko FC.

Rata-rata, perlawanan seimbang dari sudut peluang-peluang yang dihasilkan namun secara keseluruhannya kedua-dua pasukan mungkin tidak bermain pada tahap yang mereka inginkan. Tiada gol yang dapat dicari pada separuh masa kedua.

Perlawanan ini tamat dengan jaringan 1-0 berpihak kepada Shah Alam PIB FC.

Statistik perlawanan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN