Kesebelasan Utama Man Utd Impian David Moyes Yang Tidak Kesampaian

‘The Choosen One’ adalah jolokan yang diberikan kepada David Moyes ketika beliau baru tiba di Old Trafford daripada Everton.

Namun hakikatnya, rata-rata penyokong Manchester United pada hari ini tidak mahu mengingati era David Moyes mengendalikan skuad The Red Devils.

Javier Hernandez antara bekas pemain secara terbuka mempersoalkan mengapa United menggantikan Sir Alex Ferguson dengan bekas pengurus Everton itu.

Moyes akhirnya dianggap gagal bersama United, sebelum dipecat sebelum musim 2013/14 berakhir. Cuma jika pendedahan oleh Moyes sebelum ini diambil kira, maka kita tidak boleh berkata pengurus ini tidak bercita-cita tinggi.

Dan jika benar-benar diberikan masa, Moyes membuktikan dirinya sememangnya mampu melahirkan sebuah pasukan yang mantap sepertimana beliau mengubah nasib West Ham pada musim ini.

Beliau mungkin tidak bernasib baik di jendela perpindahan untuk membawa masuk pemain yang beliau kehendaki. Ini adalah bayangan kesebelasan utama Moyes, jika setiap pemain yang pernah dinyatakan oleh beliau dibawa masuk ke Old Trafford.

Penjaga gol: David de Gea

Tidak ada sebab untuk Moyes pergi ke pasaran pemain untuk penjaga gol baharu pada ketika itu. Dan Moyes juga tidak pernah berniat menggantikan De Gea.

Pada musim 2013/14 De Gea tampil buat kali pertama dengan anugerah Sir Matt Busby Player of the Year kerana kecemerlangannya bersama United.

Bek kiri: Leighton Baines

Baines memang bukan bek kiri moden yang kita cari pada hari ini. Beliau bukan Trent Alexander-Arnold atau pun Alphoso Davies.

Namun pada era itu, Baines dianggap sebagai bek terbaik, dan memegang rekod sebagai penjaring terbanyak Premier League dari posisi tersebut.

Bukan rahsia lagi Moyes mahukan Baines seperti mana beliau membawa masuk Maraouane Fellaini dari Everton pada ketika itu. Namun perkara itu tidak menjadi realiti dan Moyes dipaksa menggunakan Patrice Evra yang berada pada penghujung kariernya.

Bek tengah: Nemanja Vidic

Phil Jagielka mungkin juga adalah antara pilihan Moyes. Tetapi setelah pemain itu menyambung kontraknya bersama Everton, siapa lagi bek tengah terbaik di England pada ketika itu jika bukan Nemanja Vidic.

Bek tengah: Phil Jones

Penyokong United mungkin ada yang mempersoalkan, ‘Mengapa Phil Jones. Mana Rio Ferdinand’

Satu fakta yang harus semua pihak ketahui ialah Jones merupakan pemain pertahanan tengah yang paling kerap diturunka oleh Moyes sepanjang beliau bersama United.

Ketika dibawa masuk oleh Sir Alex Ferguson beberapa musim sebelumnya, Jones dianggap sebagai salah seorang pemain pertahanan tengah muda terbaik di England. Jelas sekali Moyes mahu membina skuad United yang baharu pada ketika itu dengan lebih kerap menampilkan Jones.

Bek kanan: Rafael

Seperti Jones, Rafael adalah satu lagi pemain muda pada ketika itu yang sering diberi kepercayaan oleh Moyes sepanjang tempoh 10 bulan beliau mengendalikan skuad The Red Devils.

Pemain tengah: Cesc Fabregas

Fabregas akhirnya ke Stamford Bridge pada musim berikutnya, namun khabar angin bertiup kencang mengatakan United turut menanam minat mendalam untuk mendapatkan bekas pemain Arsenal itu.

Moyes sendiri berkata: “Seorang lagi pemain yang amat hampir saya tandatangani adalah Cesc Fabregas, yang kami jangka berjaya dapatkan dari Barcelona. Ia amat mengecewakan kerana ia begitu hampir untuk berlaku.”

Hanya pengurusan tertinggi Man United di bawah Ed Woodward yang tahu mengapa perpindahan Fabregas tidak menjadi kenyataan.

Pemain tengah: Marouane Fellaini

Marouane Fellaini adalah satu-satunya pemain yang Moyes berjaya bawa masuk pada jendela perpindahan musim panas ketika mengendalikan United.

Namun potensi pemain ini hanya menyerlah pada era Louis van Gaal dan Jose Mourinho. Sering kali dijadikan alasan kegagalan Moyes di Old Trafford.

Pemain tengah: Toni Kroos

Kegagalan membawa masuk Toni Kroos mungkin adalah yang paling mengecewakan buat Moyes. Ini kerana pengurus dari Scotland itu dikatakan telah mendapat persetujuan Kroos.

Pada ketika itu Kross segar dari kejayaan Champions League, dan bakal meraih kejuaraan Piala Dunia.

“Toni Kroos telah bersetuju untuk menyertai pada musim panas itu. Saya mencapai persetujuan dengan ejen beliau juga. Ia adalah perjanjian yang sudah lengkap. Namun kita tidak akan mendapatkan semua pemain walaupun persetujuan itu sudah lengkap,” dedah Moyes.

Sayap kiri: Juan Mata

Sayap kiri mungkin bukan posisi sebenar Juan Mata akan menyerlah. Namun tidak boleh dinafikan Mata adalah pemain yang benar-benar dimahukan oleh Moyes selepas hubungan beliau dengan Mourinho di Chelsea runtuh.

Penyerang: Robin van Persie

Prestasi Robin Van Persie jelas merosot selepas persaraan Sir Alex. Beliau juga mungkin adalah pemain paling kecewa selepas Sir Alex memilih untuk bersara – semusim selepas penghijrahan beliau ke Old Trafford.

Namun jika Moyes berjaya membawa masuk pemain yang betul, siapa tahu potensi yang mampu diteruskan oleh Van Persie sekurang-kurangnya untuk dua atau tiga musim lagi.

Sayap kanan: Gareth Bale

Nama Gareth Bale tidak pernah lekang dari spekulasi dan dikaitkan dengan perpindahan ke United.

“Apabila saya tiba buat pertama kali di United, sasaran utama saya adalah Gareth Bale. Saya sentiasa berpendapat Gareth Bale adalah pemain untuk Manchester United, dan saya sentiasa mahukan beliau sejak di Tottenham lagi,” dedah Moyes.

“Kami sebenarnya memberikan tawaran yang lebih besar dari Real Madrid, namun Gareth memutuskan untuk ke Madrid. Namun benar, beliau adalah pemain yangs saya benar-benar mahukan.”

Penutup

Tiada jaminan kesebelasan utama ini mampu mengekalkan kejuaraan yang kali terakhir United raih pada tahun terakhir Sir Alex.

Namun dengan kesebelasan utama begini, Moyes dan United mungkin tidak mengakhiri musim 2013/14 di kedudukan ke-7.

Siapa tahu, ia juga mampu dijadikan sebagai landasan untuk Moyes membina kembali skuad United pada ketika itu.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola). 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:

Lupakan Sancho, Manchester United Kini Sasarkan Pedro Neto

Anthony Martial: Pernah Jadi Sanjungan Di Old Trafford, Kini Menuju Kehancuran?

10 Pemain Projek Remaja Berbakat Manchester United, Termasuk Amad Diallo Yang Baharu Tiba

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN