Quantcast

BERITA KOMUNITI

Kerteh FC Umum RHB Bank Sebagai Rakan Kerjasama Perbankan Rasmi

Kelab komuniti Terengganu, Kerteh FC menambah deretan senarai penaja pada musim 2019 apabila mengumumkan RHB Bank sebagai rakan kerjasama terbaru mereka semalam.

Dalam kenyataan rasmi kelab, Kerteh FC mendedahkan penglibatan aktif mereka dalam aktiviti-aktiviti komuniti sekitar Kerteh dan Kemasik (dua mukim di daerah Kemaman, Terengganu) meyakinkan RHB Bank untuk menaja mereka.

Sebagai institusi kewangan terulung yang fokus kepada komuniti, RHB Bank menawarkan pelbagai servis kewangan kepada pelbagai lapisan masyarakat sekitar Kerteh dan Kemasik. Selain itu, RHB Bank turut telah banyak menyumbang kepada perkembangan organisasi komuniti setempat untuk memberi impak yang lebih.

Dengan kerjasama bersama Kerteh FC ini, RHB Bank berhasrat untuk meluaskan impak positif mereka lagi kepada komuniti setempat.

RHB Bank menyertai 6 lagi penaja Kerteh FC pada musim ini iaitu Montis Inspection & Services Sdn Bhd, Muksyn Engineering & Services Sdn Bhd (penaja utama), ELklasiko.My, 139associates, Maz Travel dan Kerteh Care.

Kerteh FC yang dilatih oleh bekas pemain Terengganu, Kamal Rodiarjat Ali ketika ini sedang membuat persiapan rapi menjelang kejohanan Roto Meca Cup 2019. Kejohanan 4 penjuru ini turut bakal disertai oleh Paka City FC, Kemaman City FC dan MP Kemaman dan bakal berlangsung bermula 24 April 2019.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!