Kerteh FC Rekrut Oscar Riera Sebagai Penasihat Teknikal

Kelab komuniti terkenal di Terengganu, Kerteh FC terus mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan kualiti dari pelbagai aspek apabila melantik Oscar Riera sebagai Penasihat Teknikal pasukan tersebut.

Riera datang dengan reputasi hebat kerana beliau merupakan bekas Pengurus Sukan Antarabangsa bagi kelab La Liga, RCD Espayol.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook rasmi Kerteh FC, Riera juga kini sedang giat bekerjasama dengan kelab-kelab di saingan Liga Segunda (divisyen 2 Sepanyol) dan Tercera Division dalam menyediakan peluang yang lebih praktikal buat pemain-pemain muda asing untuk mempamerkan bakat mereka di pasaran Eropah.

Di Kerteh FC, Riera akan membantu Pengarah Teknikal pasukan, Che Ku Marzuki dalam menyediakan program pembangunan belia bagi membuka peluang buat pemain pasukan tersebut untuk memulakan karier profesional di Eropah.

Pada ketika ini, Riera akan menjalankan tugas pada ketika ini dari tempat tinggalnya sahaja iaitu di Barcelona. Beliau dijangka akan tiba di Kerteh pada hujung tahun ini.

Mengulas mengenai perkembangan terbaharu ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerteh FC, Syed Khairi Amier mengakui pengalaman luas dimiliki Riera cukup sesuai buat kelab tersebut.

“Oscar Riera mempunyai profil terbaik untuk mengambil peranan sebagai Penasihat Teknikal.”

“Pengalaman bertahun-tahun dan sentimen pragmatik menjadikannya calon yang sempurna untuk kelab seperti Kerteh.”

“Pelantikannya juga menandakan langkah penting bagi Kerteh FC dalam menjayakan projek pembangunan jangka panjang yang bertujuan memperkukuh bakat tempatan untuk mencapai matlamat kelab yang bercita-cita tinggi,” ujar Syed Khairi Amier lagi.

Langkah yang diambil Kerteh FC ini nyata memperlihatkan bahawa kehadiran mereka dalam kancah bola sepak bulanlah sekadar omong kosong. Segala usaha dan inisiatif yang diambil pengurus tertinggi kelab ini sentiasa mencuri tumpuan ramai.

Kredit sumber dan foto: Kerteh FC

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply