Kerteh FC & Muzium 3D Kertih Bersatu Pacu Industri Pelancongan Setempat

Kerteh FC

Pasukan Pantai Timur, Kerteh FC kini menjalinkan kerjasama bersama dengan Muzium 3D Kertih sebagai salah satu cara untuk meningkatkan lagi sektor pelancongan setempat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pihak kelab, kedua-dua entiti itu mempunyai visi yang sama iaitu memacu industri pelancongan di dearah tersebut ke satu tahap yang lebih tinggi.

Lebih menarik, Muzium 3D Kertih mempunyai tarikannya tersendiri apabila apa yang dipamerkan disitu adalah galeri seni dan ilusi 3D yang pertama di Terengganu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kerteh FC, Syed Khairi Amier, jalinan luas yang dimiliki kelab yang merentasi sempadan antarabangsa dapat dimanfaatkan oleh Muzium 3D Kertih.

“Melalui kesepakatan ini, Kerteh akan menggunakan rangkaian yang ada untuk membantu mempromosikan Muzium 3D Kertih.”

“Kami mempunyai misi yang sama iaitu untuk menjadikan daerah Kemaman amnya, dan Kertih khasnya sebagai destinasi pelancongan. Apabila kompleks sukan kami siap kelak akan menjadi daya penarik bagi pelancongan sukan.”

Tambah Khairi lagi, Kerteh jelas sekali berbangga dapat sama-sama membawa salah sebuah lokasi pelancongan di daerah itu untuk meningkatkan lagi profil mereka di persada antarabangsa.

“Kami berbesar hati kerana Kerteh bersedia bekerjasama dengan kami memandangkan Kerteh FC merupakan jenama yang semakin membesar dan semakin mendapat perhatian peminat bola sepak di negara ini.”

“Diharapkan dengan kerjasama ini dapat membantu mempromosikan Muzium 3D Kertih dan menarik pengunjung ke muzium kami apatah lagi nama Kerteh turut dikenali di beberapa negeri di Eropah dan Australia,” kata pemilik muzium, Lukman Ismail.

Hasil kerjasama ini, kedua-dua entiti akan saling mempromosi sesama sendiri dengan logo Muzium 3D Kertih diletakkan pada jersi latihan pasukan selain melakukan promosi mengenai lokasi tersebut.

Manakala sebagai tukaran, Muzium 3D Kertih akan mempromosikan kelab itu di galeri selain menjadi ejen jualan barangan rasmi pasukan.

Baca juga artikel kami mengenai Kerteh FC:

Kerteh FC Jalin Kerjasama Antarabangsa Bersama EU Sant Andreu

Jalinan Kerjasama Kerteh FC, Red Antlers Wujudkan Kerteh Sports City

Kerteh FC Terus Pacu Langkah, Akademi Mereka Kini Diiktiraf FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN