Kerteh FC Kini Lebarkan Sayap Ke Australia & New Zealand

Kerteh FC

Pasukan amatur dari Terengganu, Kerteh FC sekali lagi melebarkan jaringan antarabangsa mereka dengan melakukan kerjasama dengan Ghazoo Sports.

Kerjasama yang dimeterai selama dua musim ini bakal menyaksikan Kerteh meluaskan jaringan mereka ke Australia dan juga New Zealand.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kerteh, Syed Khairi Amier, kerjasama ini mampu menjadi pembuka kepada pemain kelab tersebut untuk beraksi di luar negara.

“Kami berhasrat untuk bersaing di peringkat tertinggi dan kami berharap dapat melakukannya dengan pemain yang tempatan yang berpengalaman beraksi di luar negara.”

“Kerjasama dengan Ghazoo Sports berpotensi membantu mendorong bakat muda kami ke Australia dan New Zealand.”

Tambah Khairi lagi, kerjasama dengan Ghazoo Sports ini dapat memberi manfaat tambahan kepada program pembangunan pemain di Kerteh.

Beliau juga berpuas hati dengan pencapaian yang dilakukan Kerteh yang seiring dengan pelan jangka panjang mereka.

“Ketika kami bergerak maju dengan rancangan lima tahun kami, profil kelab bola sepak kami berada pada tahap yang sangat memuaskan.”

Kerteh FC merupakan pemenang Terengganu Amateur League pada 2019.

Baca juga artikel kami mengenai Kerteh FC:

Jalinan Kerjasama Kerteh FC, Red Antlers Wujudkan Kerteh Sports City

Kerteh FC Terus Pacu Langkah, Akademi Mereka Kini Diiktiraf FAM

Kerteh FC Jalin Kerjasama Antarabangsa Bersama EU Sant Andreu

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply