Kerteh FC Diberi Mandat Bina Kerteh Sports City

Kerjasama Semuanya BOLA

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini dunia bola sepak

Hari ini menjadi detik bersejarah buat pasukan dari Pantai Timur iaitu Kerteh FC apabila mereka diberikan mandat oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) untuk membangunkan Kerteh Sports City (KSC).

Dibangunkan menerusi entiti bernama Kerteh Sports City Sendirian Berhad (KSCSB), mereka diberikan tugas untuk membangunkan bandar sukan tersebut yang bukan sahaja meliputi bola sepak, tetapi sukan-sukan lain juga.

Malah, terdapat juga perkara-perkara lain yang bakal diuruskan KSCSB seperti hal-hal biaya kos pembangunan dan operasi projek, pembinaan fasiliti dan pengurusan aset.

Selain itu, mereka juga bertanggungjawab terhadap urusan perkhidmatan kebersihan, keselamatan, teknikal, promosi, pengiklanan dan pengurusan acara bersama MPK yang merupakan pemilik kepada aset tersebut.

Projek ini mempunyai lima fasa. Fasa pertama menyaksikan KSCSB menaik taraf rumput sedia ada kepada padang sintetik, memasang lampu limpah serta menaik taraf gelanggang futsal dan Stadium Mini Kerteh termasuklah membina gimnasium untuk orang ramai.

Fasa kedua pula menyaksikan pembinaan gelanggang badminton dilakukan sebelum fasa ketiga, keempat dan kelima mengambil tempat.

Baki tiga fasa tersebut menfokuskan kepada pembinaan bangunan tempat tinggal atau residensi, padang latihan serta kemudahan untuk penyokong seperti tempat duduk penonton.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah KSCSB, Razeman Mat Nashim, beliau yakin kesemua lima fasa ini boleh dicapai.

Berdasarkan kajian daya maju projek ini menerusi pelan pembangunan lima fasa yang kami rangka sedia, kami yakin akan mencapai objektifnya.”

KSCSB merupakan satu usaha sama yang digerakkan oleh KAL Services Sdn Bhd dan juga Red Antlers Sdn Bhd.

Baca juga artikel kami mengenai Kerteh FC yang membangunkan Kerteh Sports City:

Kerteh FC & Muzium 3D Kertih Bersatu Pacu Industri Pelancongan Setempat

Kerteh FC Kini Lebarkan Sayap Ke Australia & New Zealand

Jalinan Kerjasama Kerteh FC, Red Antlers Wujudkan Kerteh Sports City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply