Kerja Baharu Ozil: Penasihat Strategi Syarikat Pelaburan Class 5 Global

Mesut Ozil Juventus

Pemain Arsenal yang sedang disisih, Mesut Ozil, mendapat kerja baharu dalam bidang pelaburan apabila dilantik sebagai penasihat strategi Class 5 Global. Class 5 Global merupakan syarikat modal teroka (venture capital) yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat.

Ozil menyertai barisan bintang atlet dunia lain yang menyertai bidang pelaburan sebagai kerjaya baharu seperti David Beckham, Serena Williams, Kevin Durant dan Carmelo Anthony.

Bekas pemain skuad kebangsaan Jerman yang pernah memenangi gelaran juara Piala Dunia 2014 ini sedang disisih daripada pasukannya selepas mengkritik kerajaan China yang menganiayai golongan Muslim Uighur.

Sebelum itu, pemain berusia 32 tahun itu pernah dikritik kerana menjemput Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sebagai pengapit dalam majlis perkahwinannya. Erdogan merupakan pengkritik tegar Kesatuan Eropah.

Class 5 Global merupakan sebuah syarikat modal teroka yang memberikan modal pelaburan kepada syarikat permulaan teknologi (tech startups) dunia. Barisan pengarah syarikat pelaburan ini terdiri daripada pengasas Lumia Capital – pelabur Amerika Syarikat pertama dalam syarikat Careem dan CargoX.

Ozil sebenarnya sudah pun terlibat dalam operasi Class 5 Global, tetapi hanya sebagai pelabur. Perlantikannya sebagai salah seorang penasihat strategi syarikat yang mempunyai lebih USD100 juta aset ini disifatkan Ozil sebagai ‘langkah pembentukan karier selepas bersara nanti’.

“Saya sangat gembira dengan perlantikan ini walaupun saya masih aktif bermain. Ia dapat membentuk karier saya selepas habis bermain bola sepak nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Rakan kongsi Class 5 Global Youcef Oudjidane dikatakan sedang aktif mengajak lebih ramai pemain Premier League untuk menyertai mereka. Ozil dikhabarkan menyertai mereka menerusi rujukan bekas pemain Arsenal, Kieran Gibbs.

“Atlet berkelas dunia [seperti Ozil] membawa perspektif unik kepada masa depan pilihan pengguna,” kata Oudjidane.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Bintang EPL Dan Kerjaya Mereka Setelah Bersara

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN