Kereta Pemberian Sergio Aguero Kepada Staff Man City Dilelong Di eBay

Karier Sergio Aguero di Manchester City berakhir dengan penuh emosi dan diakhiri dengan kekalahan kepada Chelsea di perlawanan akhir Champions League.

Kemudian kini kereta yang beliau tinggalkan di Etihad sebagai pemberian kepada kakitangan bertuah di Manchester City telah dijual di eBay.

Selain kereta tersebut, Aguero turut membelikan jam tangan Tah Heuer yang dianggarkan bernilai tiak kurang €1000 kepada setiap kakitangan kelab

Ally Marland, kitman kelab, adalah kakitangan bertuah yang mewarisi kenderaan Range Rover Evoque yang dipandu oleh Aguero sejak 2016. Namun selepas hanya beberapa hari Aguero diumumkan sebagai pemain Barcelona, Range Rover itu kini boleh dilihat dilelong di eBay.

Kenderaan tersebut bukanlah pemberian secara terus oleh Aguero dan diberikan kepada Ally Marland selepas memenangi cabutan bertuah.

Disebabkan keluarga Marland sudah memiliki dua kenderaan, keputusan untuk menjual Range Rover di eBay adalah keputusan yang mudah. Harga permulaan untuk bidaan pula ialah £23,000.

Dan menurut isteri Ally Marland dikenali senagai Nicky, lima peratus dari hasil jualan akan disumbangkan kepada kebajikan.

Sergio Aguero memberikan penghargaan beliau kepada staf di belakang tadbir di Manchester City. Ini kerana mereka telah menjaga Aguero dengan begitu baik sejak pemain itu mula menyesuaikan diri dengan England ketika datang ke Manchester lebih sedekad lalu.

Tindakan Aguero itu menunjukkan beliau seorang yang baik hati dan sangat pemurah. Beliau sudah lama meluangkan masa bersama sama dengan staf terutama sekali ketika cedera.

Jadi, satu hubungan istimewa terjalin dengan staf staf tersebut walaupun mereka hanya di belakang tadbir dan tidak didendang.

Aguero sudah pun diumumkan sebagai pemain baharu Barcelona. Beliau gembira dapat menyertai kelab istimewa yang beliau ikuti sejak kecil — serta dapat bermain dengan Lionel Messi.

Barcelona sudah tentu berharap kehadiran Aguero di Catalonia akan meyakinkan rakan senegaranya, Lionel Messi untuk kekal ketika kelab berkenaan mengalami penurunan prestasi di padang dan berdepan masalah kewangan.

Walaupun sudah diumumkan, Aguero hanya akan menjadi pemain Barca apabila kontraknya bersama Manchester City tamat pada penghujung Jun, menamatkan sedekad bersama juara Liga Perdana itu dan pasukan baharunya meletakkan klausa pembelian semula bernilai 100 juta euro (RM504.36 juta) terhadap pemain berusia 32 tahun itu.

Baca artikel menarik lain mengenai Sergio Aguero:

Sergio Aguero Dedah Diet “Nasi Lauk Ayam” Rahsia Jadi Penyerang Berbisa Premier League

Sergio Aguero: Saya Tak Faham Kenapa Lionel Messi Dikritik

Guardiola Anggap Aguero Legenda

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN