Kerana Komen Panas Dilemparkannya, Pembantu Pengadil Ini Diberi Amaran

Masihkah anda ingat mengenai kisah ahli parlimen British yang pernah menjadi pembantu pengadil tidak lama dahulu? Nama beliau sekali lagi tiba-tiba menular di Britain kerana satu temuramah.

Sebuah akhbar di sana telah menemubual Douglas Ross, pembantu pengadil merangkap ahli parlimen tersebut. Beliau telah ditanya mengenai, ‘Apakah beliau akan lakukan sekiranya dilantik sebagai Perdana Menteri (Britain) untuk satu hari sahaja?’

Douglas mencadangkan agar satu tindakan tegas kepada kaum Gipsi dan pengembara. Ya, kaum Gipsi ini pernah menetap di sekitar kepulauan Britain tetapi berpindah ke satu tempat ke tempat lain.

Anda masih ingat novel Potato People? Jika masih ingat, ada satu watak dari kaum tersebut dimuatkan dalam novel tersebut.

Panas

Badan disiplin FA Scotland asalnya telah menilai komen tersebut. Mereka mendapati bahawa komen tersebut langsung berbaur diskriminasi perkauman.

Peraturan FA Scotland telah menetapkan bahawa sesiapa terlibat dalam bola sepak di Scotland hendaklah tidak memberikan komen yang rasis.

Ini termasuklah Douglas Ross yang menjadi pembantu pengadil separuh masa! Mujurlah, beliau hanya diberi amaran agar tidak terlepas dalam memberikan komentar.

Dan beliau telah memohon maaf di atas ketelanjuran tersebut.

Parti Konservatif melalui Ketua di Scotland, Ruth Davidson telah memberi sokongan kepada Douglas. Tambah Ruth sendiri, sebenarnya Douglas Ross menghadapi banyak isu berkaitan kaum Gipsi di kawasan diwakilinya.

Sebelum menjadi ahli Parlimen British, beliau telah menjadi ahli parlimen Scotland (mirip DUN di Malaysia) dan ahli majlis tempatan hampir 10 tahun. Sudah pasti Douglas Ross menghadapi isu-isu seperti ini.

Malah, beliau seringkali bertemu penduduk di Moray untuk berbincang pelbagai masalah. Seperti ahli-ahli parlimen di negara kita.

Tidak banyak

Nak buat apa ni? Jadi ahli politik atau pembantu pengadil? Sumber: STV

Tahukah anda berapakah bayaran diterima Douglas Ross ketika menjadi pembantu pengadil? Menurut STV, beliau hanya menerima 2700 pound.

Malah, beliau telah mengisytiharkan pendapatan sampingan itu kepada pengurusan Parlimen Britain. Ahli-ahli parlimen di sana dikehendaki untuk mengisytiharkan pendapatan sampingan sekiranya ada walaupun mereka menerima elaun sebagai ahli parlimen.

Kejadian ini haruslah diambil iktibar oleh ramai pihak. Bukan apa, kadang-kadang tersalah komen pun boleh membawa isu besar. Bak kata peribahasa, orang lain makan nangka, orang lain kena getahnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN