Kerana Kemerosotan Prestasi, Pulau Pinang Rehatkan Ketua Jurulatih

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) semalam mengumumkan ketua jurulatih pasukan itu, Haji Ahmad Yusoff direhatkan serta-merta berikutan prestasi yang kurang memberansangkan selepas mengharungi 5 perlawanan Liga Premier.

Perkembangan itu diumumkan melalui laman facebook rasmi FA Penang dalam satu kenyataan rasmi daripada Presiden FAP, YB Dr. Amar Pritpal Abdullah.

“Pihak pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) telah mengadakan satu mesyuarat khas tengahari tadi bagi membincangkan prestasi semasa pasukan Liga Premier Pulau Pinang dan telah sebulat suara bersetuju membuat keputusan bahawa Ketua Jurulatih, Haji Ahmad Yusoff DIREHATKAN serta merta.

“Keputusan drastik ini diambil setelah menilai kesemua aspek prestasi semasa dan demi memperbaiki cabaran pasukan di dalam baki saingan Liga Premier 2019. Haji Ahmad Yusoff telah dimaklumkan berkenaan keputusan ini,” kata kenyataan itu.

Ahmad Yusoff merupakan jurulatih ketiga yang ‘direhatkan’ susulan prestasi hambar selepas dua lagi jurulatih pasukan Liga Premier iaitu Mohd Fauzi Pilus (PDRM) dan Mohd Farhan Abdullah (Sarawak) turut berdepan tindakan yang sama oleh pengurusan pasukan masing-masing.

Selepas lima perlawanan, Pulau Pinang hanya mengutip empat mata hasil daripada satu kemenangan dan satu keputusan seri untuk menghuni kedudukan kesembilan dalam carta liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN