Keputusan Undian Play-Off Kelayakan Zon Eropah Piala Dunia 2018

Sebentar tadi berlangsungnya undian pusingan play-off bagi zon Eropah. 8 pasukan akan merebut baki 4 slot ke Rusia.

Switzerland, Itali, Croatia dan Denmark diletakkan dalam Balang 1 kerana berkedudukan tertinggi dalam Ranking FIFA bagi September 2017. Manakala Balang 2 menyaksikan Ireland Utara, Sweden, Republik Ireland dan Greece diletakkan bersama.

Perlawanan pertama akan diadakan pada 9 hingga 11 November. Manakala perlawanan kedua pula dianjurkan pada 12 hingga 14 November.

Format

Pemenang perlawanan ini ditentukan melalui agregat. Sekiranya agregat terikat, peraturan gol di tempat lawan akan digunapakai.

Sekiranya masih terikat, perlawanan akan dilanjutkan ke masa tambahan pada perlawanan kedua. Namun jika agregat masih terikat selepas masa tambahan, peraturan gol di tempat lawan juga diaplikasikan.

Sepakan penalti akan diadakan jika masih tiada pemenang ditemukan.

Keputusan Penuh Undian 

Ireland Utara lawan Switzerland
Croatia lawan Greece
Denmark lawan Republik Ireland
Sweden lawan Itali

Mendebarkan bukan? Siapakah akan ke Rusia untuk kali ini, sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN