3 Kejutan Dalam Piala FA 2017 (Ulangan Pusingan ke-3)

Kejutan bersilih ganti dalam saingan Piala FA Inggeris. Kelab bawahan menumbangkan lagi kelab di divisyen teratas. Tiga perlawanan ulangan Pusingan Ketiga memberikan keputusan luar jangkaan semua.

Malah, semua keputusan berubah pada minit-minit akhir perlawanan.

AFC Wimbledon 1-3 Sutton United

Derbi London ini menyaksikan pasukan pelawat menewaskan Wimbledon. Perlawanan dilihat diheret ke masa tambahan. Tetapi dua gol dari pemain Sutton, Maxime Biamou dan Dean Fitchett telah memastikan mereka layak ke Pusingan Keempat. 

Sutton akan melayani kedatangan Leeds United di laman sendiri pada 29 Januari.

Barnsley 1-2 Blackpool

Bright Osayi-Samuel menjaringkan gol kemenangan untuk Blackpool pada minit 120+1 di saat kedua-dua pasukan bersiap untuk sepakan penalti. Blackpool kini bermain di League Two memalukan seteru mereka yang berada di Championship.

Blackpool akan ke Ewood Park untuk bertemu Blackburn pada 28 Januari.

Lincoln City 1-0 Ipswich Town

Lincoln City dari National League menumbangkan Ipswich Town yang bermain di Championship.

Nama Nathan Arnold akan dijulang penyokong di Sincil Bank. Nathan menjaringkan gol tunggal sekaligus gol kemenangan buat pasukan tuan rumah. Lincoln akan bermain di Pusingan Keempat selepas 41 tahun.

Mereka akan bertemu Brighton & Hove Albion pada pusingan ke-4.

Penutup

Satu persatu kelab atasan dimalukan seterus yang lebih bawah. Memang hebat aura Piala FA Inggeris yang ada unsur ‘giant-killing’!

Baca juga: Perang Poster JDT & Kedah Menjelang Piala Sumbangsih 2017

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN