Keputusan CAS Lepaskan Man City Adalah Memalukan

Kerjasama Semuanya BOLA

Pep Guardiola Manchester City

Semalam telah disahkan yang Makhkamah Timbangtara Sukan (CAS) menerima rayuan kelab Premier League iaitu Manchester City berhubung kes larangan menyertai UEFA Champions League (UCL) selama dua musim.

Rayuan tersebut telah diterma dan ianya jelas merupakan satu perkara yang memalukan bola sepak.

Menurut mantan pegawai UEFA, William Gaillard berkata keputusan tersebut menunjukkan betapa lemahnya sistem bola sepak yang diamalkan di Eropah.

Keputusan CAS menerima rayuan Manchester City itu dengan bersulamkan bayaran sebanyak €10 juta telah menjadikan bola sepak Eropah kini ibarat sebuah sukan yang hanya dimainkan oleh tiga negara Timur Tengah.

“Manchester City memperoleh wang berbillion dari pemilik mereka dan bola sepak Eropah diibaratkan seperti sukan yang dimainkan oleh tiga negara iaitu Arab Saudi, Qatar dan juga Emeriah Arab Bersatu.”

“Malah China juga kini mahu masuk bermain bersama.”

“Mereka dengan senang hati memberikan denda €10 juta itu kerana pada mereka ia ibaratkan memberikan tip kepada pelayan di restoran sahaja.:

Tambah Gaillard lagi, keputusan CAS membenarkan City untuk terus beraksi di saingan Eropah seperti biasa pastinya akan meruntuhkan moral pasukan lawan kerana walaupun mereka didapati bersalah tetapi masih lagi boleh bermain.

“Sukar untuk bersaing apabila pesaing anda mempunyai poket yang tebal dan wang yang tak akan pernah habis.”

“Jika sesebuah pasukan itu mempunyai pemilik yang benar-benar mahu melabur untuk pasukan, mereka pastinya akan berkecil hati lalu membawa diri.”

Malah, Gaillard turut mengatakan yang peraturan kewangan UEFA iaitu Financial Fair Play Rules perlu dirangka semula bagi memastikan pelaksaannya berada dalam keadaan baik.

Dengan keputusan CAS itu, perebutan Manchester United, Wolverhampton Wanderers dan Sheffield United untuk merebut tangga kelima Premier League yang pada mulanya menjanjikan slot ke UCL musnah.

Mereka mahu atau tidak perlu menyertai Leicester City dan Chelsea untuk memenuhi kedudukan empat teratas liga.

Baca juga artikel kami mengenai Manchester City:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram