Keputusan Berkait Perpindahan Kane Ke City Akan Dimuktamadkan Minggu Ini

Tottenham Hotspur tetap yakin dan percaya yang Harry Kane tidak akan meninggalkan kelab pada musim panas ini, dan akan terus menjadi peledak utama skuad.

Masa depan pemain berusia 28 tahun itu dilihat semakin hampir pasti untuk dimuktamadkan selepas beberapa minggu kebelakangan ini, pelbagai spekulasi telah dicetuskan berkait hal tersebut.

Beliau jelas sekali mahu meninggalkan Tottenham Hotspur untuk sertai kelab lain dalam usahanya untuk memenangi Piala kejuaraan pertama dalam kariernya.

Juara saingan Premier League, Manchester City kemudiannya merasakan Kane bakal menjadi pemain paling tepat untuk menggantikan Sergio Aguero yang sudah meninggalkan kelab pada penghujung musim lalu.

Memandangkan Kane sendiri menyatakan yang beliau masih mahu beraksi di England walau sudah meninggalkan Tottenham Hotspur, maka City dengan segera memulakan langkah untuk menandatanganinya.

Manchester City masih tetap mahu menandatangani pemain penyerang walau mereka sudah menandatangani Jack Grealish dari Aston Villa dengan yuran perpindahan memecah rekod bernilai £100 juta.

The Citizens sebelum ini pernah menghantar bidaan bernilai £100 juta untuk menandatangani Harry Kane, namun ia ditolak mentah-mentah oleh Tottenham Hotspur.

City kemudiannya menyediakan bidaan baru bernilai £140 juta, andai Spurs terbuka hati untuk melepaskan penyerang utama mereka itu.

Melihat kepada jumlah £140 juta itu, ramai yang berfikir bahawa Daniel Levy berkemungkinan akan mengubah fikirannya dan bakal bersetuju untuk menjual Kane.

Tawaran baru tersebut akan dihantar pada minggu ini dengan Tottenham Hotspur masih dalam perundingan untuk menandatangani Lautaro Martinez dan Dusan Vlahovic.

Legenda Manchester United, Gary Neville turut menggesa bekas majikannya supaya sailang Kane dari Man City andai Spurs berminat untuk menjual penyerang utama mereka itu.

Walau bagaimanapun, laporan terbaru dari media UK telah mendedahkan yang Kane sudah menerima hakikat yang beliau tidak akan pergi ke mana-mana pada jendela perpindahan musim panas ini.

Beliau juga turut menyatakan persetujuannya untuk diturunkan dalam aksi perlawanan pembukaan liga bertemu Manchester City. Kane bagaianapun tidak berada di dalam skuad Spurs pada hari perlawanan.

Walaupun City masih percaya yang mereka bakal mendapatkan Kane, namun Levy sudah menetapkan pendiriannya yang beliau tidak akan melepaskan penyerang terhebat dunia itu.

Oleh yang demikian, segala spekulasi berkait masa depan Kane dianggap bakal berakhir dengan beliau akan tetap beraksi bersama Spurs musim ini.

Manchester United sebelum ini pernah mendedahkan yang mereka bakal menghalang Kane dari sertai City musim ini, kerana mahu menandatangani penyerang England itu pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Memandangkan kontrak Cavani pada ketika itu sudah berakhir, maka United jelas perlu menandatangani seorang lagi pemain penyerang dan Kane antara yang ada dalam perancangan Red Devils.

Berkemungkinan pada jendela perpindahan musim panas akan datang, Spurs akan menerima tawaran dari City dan United yang akan berebut untuk mendapatkan bintang handalan mereka itu.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN