Kepulangan Di Maria Antara 5 Perkara Daripada Kekalahan Man. United Di Tangan PSG

Manchester United tewas 0-2 di Old Trafford dalam pertemuan menentang PSG untuk perlawanan pertama peringkat 16 akhir UCL. Berikut 5 perkara yang kami gariskan.

1. Kekalahan pertama Ole Gunnar Solskjaer

Ini merupakan kekalahan pertama Ole Gunnar Solskjaer sejak mengambil alih tugas menjadi pengurus (interim) di Old Trafford. Selepas 12 perlawanan Ole Gunnar tewas sekali, seri sekali dan menang 10 kali dalam semua pertandingan.

Ini merupakan kekalahan dengan margin terbesar Man. United di Old Trafford dalam kejohanan Eropah. Dan kali pertama mereka kalah dalam UCL kepada lawan dari Perancis.

Lebih teruk lagi, sepanjang malam Man. United bergelut dengan prestasi berhadapan dengan pasukan PSG yang tiada kelibat Neymar dan Cavani. United juga terpaksa mengeluarkan Lingard dan Martial yang cedera.

2. Kylian Mbappe menyerlah

Kehilangan trio berbisa Neymar-Cavani-Mbappe kerana 2 daripada mereka cedera. Mbappe tetap mampu menjalankan tugas beliau di hadapan gol. Dalam perlawanan ini, Mbappe menjadi no.9.

Mbappe melakukan 4 percubaan bahaya dan 1 daripadanya menerjah gawang, 2 diselamatkan De Gea dan 1 sedikit tersasar.

3. Kepulangan Di Maria

Kepulangan Angel Di Maria mungkin sepatutnya lebih sentimental. Memandangkan Di Maria merupakan pemain kesayangan penyokong United ketika di Old Trafford. Dan beliau sentiasa mendapat sokongan di sana dahulu.

Namun ianya berlaku. Tiada sambutan wira dilakukan ke atas beliau. Di Maria diejek sejak turun daripada bas lagi. Ini kerana gara-gara kenyataan beliau sebelum ini menyatakan beliau bersyukur kerana datang ke PSG dan meninggalkan Man. United.

Di atas padang beliau diboo. Dan lebih panas, Di Maria menjerit dengan kata-kata kesat ke arah penyokong Man. United selepas melakukan ‘assist’ kepada Kimpembe.

Tidak lama selepas itu, Di Maria dibaling dengan botol bir oleh penyokong Man. United, dan Di Maria mengambil botol itu sambil menunjukkan beliau sedang meraikan sesuatu.

Di atas padang, Di Maria cemerlang melakukan 2 bantuan gol dan juga menjadi nadi penting serangan PSG.

Di Maria keluar padang diringi dengan sorakan boo di Old Trafford.

4. Taktikal Solskjaer serba tak menjadi

Di tengah Man. United gagal untuk menyaingi PSG. Manakala di barisan pertahanan mereka beberapa kali memberikan ruang kepada PSG mencipta peluang gol yang bahaya.

Paul Pogba ‘dimusnahkan’ oleh Marquinhos di tengah membuatkan pemain Perancis itu senyap sepanjang perlawanan. Lebih malang apabila Pogba dilayangkan kad merah pada lewat perlawanan. Ini bermakna Pogba akan terlepas aksi timbal balik di Paris.

Sementara itu, Alexis Sanchez terus bergelut mencari rentak dalam pasukan. Beliau boleh dikatakan tidak memberikan sebarang impak sejak dimasukkan.

Tugas berat menanti Man. United pada perlawanan kedua nanti.

5. Prestasi pengadil

Prestasi pengadil- Daniele Orsato juga menjadi topik hangat. Kimpembe sepatutnya dibuang padang pada separuh masa pertama. Ironinya, pemain itu kemudiannya menjaringkan gol pembukaan untuk PSG.

Pesta kad kuning dan juga terlalu kerap wisel dibunyikan untuk menghentikan perlawanan. Pada separuh masa pertama sahaja pengadil melayangkan 5 kad kuning kepada kedua-dua pasukan.

Namun Ashley Young juga boleh dikira bernasib baik kerana tidak mendapat kad kuning kedua dengan menolak Di Maria keluar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN