KEPDA Sambut Baik Hasrat Presiden KFA Letak Jawatan

Presiden KFA

Kelab Penyokong Kedah Darul Aman (KEPDA) menerusi presidennya, Nor Hasmadi Hamzah nyata menyambut baik hasrat Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Yang Amat Berhormat (YAB) Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor untuk mengundurkan diri daripada persatuan tersebut.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Muhammad Sanusi memberikan gambaran bahawa akan mengosongkan kerusi nombor satu tersebut sebaik sahaja segala permasalahan hutang KFA diselesaikan pihaknya.

Dalam pada itu, Sanusi yang juga merupakan Menteri Besar Kedah mengakui masih terdapat ramai individu berkelayakan untuk mengepalai pucuk pimpinan KFA dan akan terus memberikan sokongan terhadap pasukan Lang Merah itu.

Sehubungan dengan kenyataan tersebut menurut sumber BH Online, Nor Asmadi melihat Kedah sememangnya memerlukan individu yang lebih pakar dalam mengendalikan pasukan sejajar dengan langkah penswastaan daripada FA ke FC.

“Jangan salah anggap, kami menghormati pendirian beliau dalam usaha memajukan bola sepak Kedah ke peringkat terbaik, dan niatnya untuk ‘berundur’ tidak harus disalah faham penyokong.

“Kami menganggap hasrat Sanusi itu satu pilihan tepat. Ini kerana liga kita pun sudah diswastakan, jadi sudah pasti setiap pasukan perlukan individu berkepakaran dalam mengemudi pasukan Kedah.

“Sebagai penyokong setia Kedah, kami menyokong sekiranya ada orang yang lebih berkelayakan dapat menaikkan lagi tahap sukan ini ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

“Ia sebenarnya satu perkara yang elok kerana Kedah juga sebenarnya tidak ketandusan pakar dalam bola sepak dan ada ramai individu yang berkelayakan untuk ‘pegang’ bola Kedah kalau betul-betul dicari.

“Bila kita memasuki era penswastaan, mahu tidak mahu, kita kena gunakan orang yang lebih pakar untuk membawa Kedah ke arah kegemilangan,” ujar Nor Asmadi lagi.

Muhammad Sanusi yang mula menjawat jawatan Presiden KFA secara rasmi pada 12 Julai lalu menjadi sasaran kritikan peminat setia mereka berikutan cadangan nama dan logo baharu pasukan Kedah.

Kredit featured image: Facebook Muhammad Sanusi Md Nor

Baca artikel lain dari kami mengenai pasukan Kedah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN