Kepa Arrizabalaga: “Crystal Palace Memiliki Penyerang Yang Hebat, Mereka Mampu Musnahkan Chelsea”

Selepas 19 perlawanan, Chelsea kini berada dikedudukan ke-4 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menerusi himpunan 40 mata – 4 mata dibawah Manchester City (44 mata) dan 2 mata dihadapan Arsenal (38 mata) yang berada ditangga ke-5.

Bagi perlawanan seterusnya, Chelsea bakal berkunjung ke Selhurst Park untuk bertemu Crystal Palace.

The Eagles yang masih segar dengan kemenangan mengejutkan Manchester City 3-2 pada minggu lalu, pasti bakal memberi cabaran gentir buat anak buah Maurizio Sarri.

Perlawanan penentu

Bagi penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga, beliau mengakui kelabnya akan melalui perlawanan dengan Crystal Palace yang menjadi penentu hala tuju mereka musim ini.

Kepa mengaku yang pasukannya akan berdepan tugas sukar bertemu Palace dalam usaha mereka untuk mengekalkan kedudukan kelompok empat pasukan terbaik Liga Perdana.

Chelsea and Crystal Palace players and match officials during a minute’s silence in memory of the victims of the Leicester City helicopter crash which included Chairman Vichai Srivaddhanaprabha prior to the Premier League match at Stamford Bridge, London. (Photo by Adam Davy/PA Images via Getty Images)

“Perlawanan menentang Crystal Palace akan menjadi perlawanan yang sangat penting,” kata Kepa menerusi Chelsea FC.

“Ini perlawanan terakhir kami untuk tahun ini. Selain itu, Crystal Palace baru-baru ini telah berjaya mengalahkan Manchester City, dan itu bukan perkara mudah.”

Miliki penyerang yang hebat

Kepa mengakui lawan mereka itu memiliki kekuatan dibahagian serangan yang mampu memberi ancaman yang hebat buat pertahanan pasukannya.

Beliau sebagai berkata, “Crystal Palace memiliki penyerang-penyerang yang boleh memusnahkan pertahanan dan mereka akan bermain di tempat sendiri.”

“Secara peribadi, saya belum pernah bermain di sana. Namun rakan-rakan pernah menceritakan kepada saya yang beraksi di tempat Crystal Pace adalah perkara yang sukar.”

Kembali bangkit

Kepa bagaimanapun yakin pasukannya akan kembali menemui rentak kemenangan selepas berjaya bangkit dari kekecewaan bertemu Leicester minggu lalu dengan menewaskan Watford 2-1 di tempat lawan.

“Selepas perlawanan Leicester di Stamford Bridge, kami mahu bangkit semula,” kata Kepa.

WATFORD, ENGLAND – DECEMBER 26: Eden Hazard of Chelsea celebrates with team mates after scoring their team’s second goal from the penalty spot during the Premier League match between Watford FC and Chelsea FC at Vicarage Road on December 26, 2018 in Watford, United Kingdom. (Photo by Warren Little/Getty Images)

”Kami hebat pada babak pertama, tetapi pada babak kedua, Leicester lebih baik daripada kami. Kami mengakui ianya adalah sukar.”

“Selepas perlawanan Leicester, penting untuk kami kembali ke landasan sebenar dan tidak ada cara yang lebih baik lagi dengan hanya perlu menewaskan pasukan di tempat lawan atau sendiri.”

SUMBER : https://www.chelseafc.com/en/news/2018/12/30/kepa–back-on-track

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN