Kenny Pallraj: Pemain Bola Sepak, Pelajar Dan Penternak Berjaya

Kenny Pallraj

Pemain tengah Perak, Kenny Pallraj mungkin hanya dikenali sebagai pemain bola sepak sepenuh masa. Tetapi ramai penyokong skuad Yeop yang tidak tahu anak kelahiran Buntong itu sebenarnya mempunyai komitmen lain.

Selain kegigihannya di atas padang dan bijak membaca permainan, Kenny juga sebenarnya turut gigih dalam menjalankan perniagaan ternakan di kampungnya di Ipoh dan turut menyambung pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Selangor (UNISEL).

Dengan penangguhan Liga Malaysia (Liga-M) sejak pertengahan Mac lalu, pemain berusia 27 tahun itu bersyukur kerana mempunyai masa yang lebih banyak untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan dan pengajiannya sementara menunggu sesi latihan berpasukan kembali bersambung.

“Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri, sekiranya saya mempunyai masa lapang, saya perlu lakukan sesuatu yang bermanfaat. Dengan bermain bola sepak [profesional], saya dapat memulakan perniagaan pertanian dan juga menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

Dalam perkongsiannya bersama The Star, bekas pemain Harimau Muda itu menceritakan bagaimana beliau menguruskan masanya sepanajang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Waktu pagi beliau penguruskan ternakannya, tengah hari menghadiri kelas secara dalam talian dan waktu petang pula  adalah masa untuk membuat senaman bagi mengekalkan tahap kecergasannya.

“Ada sahaja peluang, saya akan laburkan pada sesuatu. Saya sukakan bidang penternakan, jadi sekarang saya sudah ada ladang sendiri di kampung saya di mana saya juga menternak biri-biri, kambing, ayam belanda dan ayam kampung. Perniagaan pun boleh tahan bagus.

Kenny Pallraj’s farm in Buntong.
Photo Credit: The Star

“Saya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuteraan sivil kerana saya memang belajar bidang sains semasa di sekolah dahulu. Saya sukakan subjek Fizik dan juga membuat reka bantuk dan lukisan pelanrumah,” katanya lagi yang kini dalam tahun ketiga pangajian.

Kenny yang telah bermain untuk pasukan negeri kelahirannya sejak 2016 berkata beliau tiada masalah dengan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menghabiskan baki tujuh perlawanan Liga Super dalam masa sebulan.

“Daripada mereka terus batalkan liga ini, lebih baik sekiranya liga dibuat cuma satu pusingan dan kemudian terus ke peringkat kalah mati untuk Piala Malaysia.

“Jika mereka putuskan untuk batalkan terus liga, pemain dan kelab tentu buntuk dan tidak tahu apa yang nak dibuat dengan kontrak juga akan terkesan dan banyak pihak akan hilang punca pendapatan.

“Tujuh perlawanan dalam sebulan tentunya tidak mudah, tetapi kita perlu bersedia untuknya. Kita tak boleh buat apa, situasi semasa tidak memihak kepada kita.

“Saya rasa kita perlu terima keadaan ini yang mungkin hanya berlaku sekali sahaja dalam hidup kita dan berharap ianya tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.”

Bercakap mengenai perebutan sengit di posisi tengah skuad The Bos Gaurus, Kenny mengatakan beliau tiada masalah untuk bersaing secara sihat dengan nama-nama lain seperti Leondro dos Santos, Thierry Chanta Bin dan Firdaus Saiyidi.

“Saya telah bermain dalam lima perlawanan semasa persediaan pra-musim dan juga empat perlawanan liga, jadi persaingan ini berlaku secara sihat. Tiada ego di antara kami semua.

“Dengan perancangan untuk melangsungkan tujuh perlawanan dalam masa sebulan, sudah tentu pemain memerlukan rehat yang cukup, jadi lebih ramai pemain yang akan diberi peluang untuk beraksi.

“Tentu akan ada penggiliran pemain, bagaimanapun ia tetap terpulang kepada perancangan jurulatih [Mehmet Durakovic].

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Perak FA:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply