Kenapa Ole Gunnar Solskjaer Suka Sangat Gandingkan Fred & McTominay?

Mengapakah Ole Gunnar Solskjaer gemar memilih Fred dan Scott McTominay sebagai gandingan double pivot untuk Manchester United.

Sebenarnya sejak musim lalu lagi, semua pihak sedia maklum bahawa posisi tersebut adalah posisi yang paling lemah buat juara Liga Perdana Inggeris 20 kali itu.

Walaupun memiliki rangkaian serangan dan pertahanan bertaraf dunia dengan pemain seperti Cristiano Ronaldo, Jadon Sancho, Bruno Fernandes, Rapahel Varane, Harry Maguire dan Luke Shaw, kelompongan di bahagian tengah sering membuatkan Manchester United bergelut sepanjang 90 minit perlawanan.

 

Terbaru, aksi menentang Everton pada malam tadi. Larian Demarai Gray dalam satu serangan balas pantas oleh Everton begitu mudah melepasi Fred di bahagian tengah sehingga menyebabkan gawang Manchester United dibocori.

Ia bukan pertama kali berlaku. Jika anda menyaksikan semua perlawanan melibatkan Manchester United pada awal musim, hampir semua gol yang membocori gawang mereka adalah berpunca dari kelompongan di bahagian tengah.

Di sebalik rekod buru itu, gandingan Fred dan Scott McTominay tetap akan menjadi pilihan Solskjaer untuk berada di dalam kesebelasan utama berbanding pilihan lain seperti Nemanja Matic atau Donny van de Beek yang sudah bosan memanaskan bangku pemain simpanan.

Jadi mengapa Solskjaer begitu percayakan Fred dan McTominay?

Statistik Fred dan McTominay

Ini adalah penjelasan paling masuk akal mengapa Solskjaer begitu percayakan gandingan Fred dan McTominay.

Melalui data yang diperolehi, Manchester United menang 58% perlawanan apabila McTominay dan Fred berada di dalam kesebelasan utama.

Data ini bermakna skuad kendalian Solskjaer hanya tewas 10 dari 55 perlawanan yang mereka lalui. Ia bukan data yang bagus, tetapi masih yang terbaik kelab itu miliki setakat ini.

Antara aksi terbaik membabitkan gandingan kedua-dua perlawanan adalah ketika Manchester United bangkit di pusingan 16 terbaik Champions League pada 2019 untuk menyingkirkan Paris Saint-Germain.

Di sebalik semua itu keputusan Solskjaer menurunkan kedua-dua pemain membuatkan ramai penyokong Red Devils tidak gembira.

“Seperti yang anda tahu, statistik apabila kedua-dua pemai  bermain bersama, memberikan kita banyak keputusan cemerlang. Tenaga yang mereka berikan can cara kedua-duanya beraksi menentang Aston Villa begitu instrumental,” kata Solskjaer

“Dari segi tenaga dan kesungguhan, saya memang sukakan kedua-duanya. Mereka adalah dua pemain yang saya boleh percayakan akan memberi sehabis baik.

“Penyokong sentiasa akan mempunyai pendapat mereka sendiri dalam setiap pilihan kesebelasan yang dinamakan, dan apabila anda memiliki ramai pemain yang berkualiti seperti yang saya ada, sukar untuk tidak menamakan mereka.”

Penutup

Adakah penyokong Manchester United bersetuju dengan pandangan Solskjaer mengenai gandingan Fred dan McTominay?

Apa yang dikatakan pengendali dari Norway itu mungkin benar. Fred dan McTominay adalah gandingan terbaik pasukan itu miliki pada hari ini jika statistik jadi rujukan.

Namun demikian, statistik itu sendiri tidak cukup bagus untuk pasukan seperti Manchester United. Dengan statistik tersebut, sukar untuk membayangkan United mampu mencabar sebarang kejuaraan pada musim ini.

Perlu atau tidak Manchester United melakukan pembelian segera untuk posisi pemain pertahanan tengah pada Januari nanti?

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply