Kenali Raifal Anti-Drone Yang PDRM Guna Tembak Objek Terbang Di Stadium Shah Alam

Perlawanan separuh akhir kedua diantara Selangor dan JDT berakhir dengan kemenangan 3-0 memihak kepada skuad Harimau Selatan.

Hatrik penyerang negara, Safawi Rasid mengesahkan kemaraan JDT ke perlawanan akhir pertandingan tertua negara dengan agregat 5-1.

KEPUTUSAN MASA PENUH PERLAWANAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEDUA PIALA MALAYSIA 2019

Johor Darul Ta’zim layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019! ?

#PialaMalaysia2019

Posted by Malaysian Football League on Saturday, October 26, 2019

Ini bermakna JDT akan berhadapan dengan Kedah di perlawanan akhir yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2 November hadapan.

Kedah layak selepas menafikan Pahang dengan kelebihan peraturan gol di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat 8-8 secara agregat.

Antara yang menarik perhatian di Stadium Shah Alam sebelum perlawanan bermula adalah kehadiran objek terbang, iaitu drone yang kelihatan di dalam Stadium Shah Alam.

Peraturan menerbangkan drone

Di Malaysia dan kebanyakkan negara, drone tidak boleh diterbangkan dengan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa.

Ia tidak dibenarkan kerana drone boleh digunakan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengancam keselamatan orang ramai.

Malah beberapa kawasan di dalam negara sudah diklasifikasikan sebagai kawasan larangan untuk drone. Antaranya ialah ruang udara Istana Negara, Putrajaya, kawasan Parlimen Malaysia dan juga KLCC.

Walaupun drone kebiasaannya digunakan di dalam bidang fotografi dan rakaman video, anda perlu melakukan permohonan rasmi kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlebih dahulu dan perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA).

Kegagalan berbuat demikian menyebabkan anda boleh ditahan atas kesalahan Peraturan 143 (Peraturan Penerbangan Awam 2016) dan juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 206 (3) Peraturan Penerbangan Awam.

Unit Dron PDRM

Dalam perlawanan separuh akhir kedua di Shah Alam pada malam tadi kelibat anggota-anggota polis bersama senjata raifal berbentuk futuristik turut mencuri tumpuan.

Unit khas PDRM yang bertanggungjawab menembak jatuh objek terbang tersebut dikenali sebagai Unit Drone yang dikawal selia oleh Unit Udara PDRM. Unit tersebut ditubuhkan pada 2015.

PIC OF THE DAY : UNIT DRON PANTAU RUANG UDARA SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday, July 30, 2019

Selain daripada untuk mengendalian dron bagi tujuan pemantauan ketika menjalankan tugas di lapangan, unit tersebut turut berfungsi untuk memantau penerbangan dron di kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan.

Kehadiran mereka kebiasaannya diperlukan ketika acara melibatkan kehadiran orang awam yang ramai dan keraian-keraian kerajaan yang menampilkan individu-individu berprofil tinggi seperti pemimpin negara.

SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA: DILARANG TERBANGKAN DRON DALAM STADIUM

Anggota polis dari Unit Dron menembak dron yang…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Saturday, October 26, 2019

Tidak terkecuali adalah perlawanan bola sepak seperti yang berlangsung di Stadium Shah Alam yang berlangsung pada malam tadi.

Melalui perkongsian dari laman Facebook rasmi mereka, PDRM mengesahkan unit dron yang ditembak sebelum perlawanan bermula adalah haram.

Drone Gun

Senjata berbentuk futuristik yang dikendalikan oleh anggota PDRM di Stadium Shah Alam pada malam tadi dikenali sebagai Drone Gun.

Tidak seperti raifal biasa, anda tidak memerlukan peluru untuk menembak jatuh dron yang berlegar di ruang udara.

Sebaliknya ia menggunakan frekuensi tertentu untuk menyekat kawalan kepada unit dron tersebut. Drone Gun yang canggih boleh memaksa unit dron kembali terbang kepada pengendalinya, sekaligus membenarkan pihak berkuasa menahan pelaku dan pesalah.

Hasil carian kami terdapat beberapa model Drone Gun dipasarkan untuk kegunaan pihak berkuasa.

Unit Dron PDRM pula setakat ini hanya memiliki Drone Gun model Orion 7-MP dan juga Drone Jammer yang dikenali dengan model Orion-H.

Unit yang digunakan di Stadium Shah Alam adalah dari uniy Orion-H.

Orion-H mampu menembak jatuh dron pada jarak 1KM, manakala unit Orion 7-MP pula mampu menembak jatuh dron pada jarak 2KM.

Penutup

Dalam perlawanan yang berlangsung pada malam tadi, tiada kejadian atau insiden tidak diingini berlaku membabitkan dron.

Tindakan pantas Unit Dron PDRM menembak jatuh dron yang diterbangkan juga wajar dipuji.

Buat PDRM, syabas kami ucapkan!

 

Kredit foto hadapan: Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN