Kenali Beberapa Kejohanan Jemputan Pernah Wujud Dalam Kalendar Bola Sepak

Piala Airmarine merupakan ‘budak baharu’ dalam senarai kejohanan jemputan yang pernah wujud. Kejohanan jemputan seperti ini sudah ada objektifnya tersendiri.

Berikut antara senarai kejohanan jemputan yang mewarnai kancah bola sepak dunia.

Piala Kirin

Asalnya dikenali sebagai Piala Jepun dan diasaskan pada 1978. Edisi sulung pada tahun 1978 sehingga 1991 menyaksikan campuran penyertaan skuad kebangsaan dan kelab.

Namun begitu, mulai edisi 1992 penyertaan hanya dikhaskan kepada skuad kebangsaan sahaja. Skuad nasional Jepun sering menyertai kejohanan yang diadakan di negara sendiri ini.

Memang pernah beberapa kali negara selain Jepun memenanginya. Kali terakhir pasukan selain Jepun memenanginya ialah Bosnia & Herzegovina pada 2016.

Edisi 1992 sehingga 2015 menggunakan format liga. Cuma mulai edisi 2016 format kalah mati pula dipakai dipakai.

Kebiasannya 4 pasukan akan menyertai kejohanan ini

Nama Kirin diambil sempena penaja daripada syarikat minuman keras. Kejohanan ini diselia oleh JFA.

China Cup

Chile memenangi China Cup selaku pemenang pertama. Sumber: nostalgica.cl

Penganjurannya memasuki edisi ketiga. Formatnya mudah, 4 pasukan menyertai dalam pusingan kalah mati.

Tahun pertama kejohanan menyaksikan Chile mengalahkan Iceland untuk merangkul kejuaraan sulung.

Pada edisi tahun lalu (2018), Uruguay mengalahkan Wales dalam perlawanan akhir. Mereka menjadi pasukan kedua pernah memenangi pertandingan ini.

Aksi terbaik tuan rumah ialah pada 2017, mereka menduduki tangga ketiga kejohanan. Edisi 2019 ini milik siapa pula?

Carling Nations Cup

Republik Ireland memenangi Nations Cup 2011. Sumber: RTE.

Sebenarnya ia sempat dianjurkan pada satu musim sahaja pada 2011. Malah ia disertai oleh Ireland Utara, Republik Ireland, Scotland dan Wales.

Kesemua perlawanan pula diadakan di Aviva Stadium yang letaknya di Dublin.

Formatnya menggunakan konsep liga. Republik Ireland merangkul kejuaraan dengan menang semua 3 perlawanan diharungi.

Jirannya, Ireland Utara menduduki tangga tercorot tanpa sebarang satu pun mata.

Baltic Cup

Latvia’s team celebrate winning the Baltic Cup (Photo by Adam Davy/EMPICS via Getty Images)

Penyertaan hanya dikhaskan kepada pasukan bola sepak kebangsaan yang berjiran dengan Laut Baltik. Negara tersebut ialah Estonia, Latvia dan Lithuania.

Ia telah diasaskan pada 1928. Menariknya, kejohanan ini wujud lebih awal sebelum ketiga-tiga negara ini memasuki Kesatuan Soviet. Hatta semasa menjadi sebahagian kesatuan itu, ia masih dianjurkan.

Pertandingan ini masih kekal hingga ke hari ini walaupun Kesatuan Soviet dibubarkan. Formatnya mudah, setiap satu pasukan akan menentang satu sama lain.

Finland pernah beberapa kali menyertai kejohanan ini. Mulai edisi 2008, kejohanan ini dianjurkan dua tahun sekali berbanding sebelum ini setahun sekali.

Edisi terakhir pada tahun 2018 menyaksikan Latvia memenangi gelaran ke-14 selaku pemenang terbanyak. Lithuania pernah memenangi Baltic Cup 10 kali. Estonia boleh berbangga dengan 3 kali kejuaraan.

Penutup

Usaha FAM mewujudkan Airmarine Cup harus dipuji. Cuma peminat bola sepak ingin melihat pasukan yang agak dikenali menyertainya.

Ada persoalan, apakah manfaatnya menganjurkan kejohanan ini tetapi keputusan di padang tidak bagus?

Anda ada jawapan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN