27 Tahun Buat Kerja, Ken Hare Dipecat Kerana Benda Yang Beliau ‘Pakar’

Ken Hare dipecat! Siapakah beliau sehinggakan ada akhbar di England kecoh pasal beliau dipecat.

Anda biasanya mendengar pengurus atau jurulatih dipecat? Atau masih terkenangkan Eva Caneiro, fisio Chelsea yang disingkirkan Jose Mourinho tidak lama dahulu?

Pemecatan staf daripada bukan unit kejurulatihan sesebuah kelab bola sepak jarang sekali dihebahkan kepada umum!

Tetapi ia telah berlaku kepada seorang lelaki bernama Ken Hare telah dipecat Southend United. Untuk pengetahuan semua, Ken Hare merupakan ketua ‘groundsman’ untuk Southend United.

Jadi segala urusan yang berkaitan kondisi padang adalah di tangan beliau.

Ini berpunca Ken Hare gagal bertugas mengendalikan padang stadium Southend, Roots Hall dengan baik. Pada ketika itu, Southend menjadi hos perlawanan League One menentang Bolton.

Padang di Roots Hall membeku dan perlawanan pada Sabtu lalu terpaksa ditangguhkan. Lantas, Southend merasakan ia adalah kesalahan besar (major misconduct) oleh Ken Hare.

Tidak lama selepas itu, Ken Hare terus diberikan notis pemecatan dan disingkirkan oleh kelab serta merta.

Meskipun, Ken telah bertugas untuk Southend selama 27 tahun. Malah, beliau lagi lama bertugas daripada Sir Alex Ferguson di Manchester United. Pemecatan beliau juga menjadi berita utama seksyen sukan akhbar Southend Echo.

Kualiti padang memang benda yang sangat mustahak bagi pengurusan pasukan bola sepak. Ia penting dalam memastikan tidak ada isu teknikal yang menyebabkan kecederaan pemain dan sebagainya.

Padang yang tidak menepati spesifikasi juga akan menjadi masalah kerana pihak pengurusan liga pasti akan mengambil tindakan ke atas kelab yang terlibat.

Ia merugikan ramai pihak apabila perlawanan ditunda. Kelab juga berpotensi kehilangan sejumlah wang daripada bayaran penyiaran.

Kasihan bukan? 27 tahun berkhidmat, akhirnya belum sempat pencen dah dipecat.

Apa pandangan anda? Adakah anda bersetuju dengan cara Southend menyelesaikan isu ini. Bagaimana jika cara ini diamalkan oleh pengurusan di Malaysia.

Rasanya masalah rumput beralun dan padang yang tidak rata mungkin akan dapat dikurangkan.

Baca juga: Claudio Ranieri Dituduh Angkuh Dan Penipu, Ejen Ulloa Bengang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN