Kembali Ke Stamford Bridge, Ancelotti Catat Kekalahan Paling Teruk Sejak 2015

Chelsea telah membelasah Everton 4-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Stamford Bridge semalam.

Carlo Ancelotti kembali semula ke Stamford Bridge bersama dengan pasukan Everton. Beliau merupakan bekas pengurus pasukan Chelsea.

Lawan Ancelotti pada kali ini adalah bekas anak muridnya di Chelsea iaitu Frank Lampard.

Beliau menikmati kejayaan menjulang Liga Perdana Inggeris dan juga Piala FA ketika mengendalikan The Blues dahulu.

Namun kepulangan Don Carlo kali ini tidak seindah yang disangkakan. Ianya berakhir dengan rekod tidak diingini.

Di mana pasukan bimbingannya tewas teruk dengan margin 4 gol. Ini kekalahan paling teruk dicatatkan oleh Carlo Ancelotti di dalam karier sejak 2015, bersama Real Madrid dalam aksi derbi Madrid.

Dalam aksi tersebut Real Madrid tewas 0-4 di tangan Atletico Madrid.

Everton hanya mencatatkan 3 percubaan ke arah gol dalam perlawanan ini. Bukti betapa teruknya aksi mereka dalam perlawanan ini. Ianya rekod paling teruk mereka sejak 2017, ketika berhadapan dengan Liverpool.

Sebagai perbandingan, skuad Frank Lampard melalukan 17 percubaan ke arah gol dengan 11 percubaan adalah tepat.

Everton hadir ke perlawanan ini dengan keyakinan dan mengintai tempat untuk ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan.

Namun kekalahan pada Ahad menyaksikan Everton kini berada di tangga ke-12 di dalam carta liga.

Everton menelan kekalahan terbesar mereka sejak tewas 5-0 di tangan Huddersfield Town pada Februari 2019.

Mason Mount membuka tirai jaringan pada minit ke-15 perlawanan. Pedro menambah satu lagi gol sebelum rehat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Chelsea menambah dua gol lagi menerusi Willian dan Olivier Giroud.

Keputusan ini pastinya sangat positif untuk Chelsea dalam usaha mereka mahu menamatkan saingan di empat teratas.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply