Kembali Ke England, Middlesbrough Jadi Destinasi Terbaharu Buat Jon Obi Mikel

Mikel

Anda masih ingat John Obi Mikel?

Pemain ini kini menjadikan Middlesbrough sebagai majikan terbarunya. Beliau menyertai kelab EFL Championship itu dengan perpindahan percuma.

Bulan lalu, beliau dilepaskan oleh kelab China, Tianjin Teda.

Berpengalaman

Mikel mempunyai karier 11 tahun bersama Chelsea. Sewaktu karier di kelab London itu, beliau memenangi dua kali Liga Perdana Inggeris. Selain itu, beliau memenangi tiga kali Piala FA Inggeris.

Pemain Nigeria itu pernah beraksi di Sukan Olimpik 2016. Pada ketika itu, bandar raya Rio di Brazil menjadi tuan rumah.

Beliau menjadi anggota skuad Nigeria yang memenangi pingat gangsa dalam temasya itu. Mikel merupakan tiga pemain senior yang dipilih Nigeria untuk menghadapi Sukan Olimpik 2016.

Semasa karier remaja, Mikel turut menjadi salah seorang anggota pasukan Nigeria dalam Piala Dunia Bawah-20 2005. Pada ketika itu, Nigeria mara sehingga ke perlawanan akhir.

Tetapi, Nigeria tewas kepada Argentina pada perlawanan tersebut.

Sebelum menyertai Chelsea, beliau bermain untuk Lyn Oslo di Norway.

Gembira

Pengurus Boro, Tony Pulis menyatakan kegembiraan kerana berjaya menandatangani Mikel. Menurut pengurus itu lagi, Mikel mempunyai banyak pengalaman dan kualiti yang baik.

Pemain Nigeria itu sebelum ini dilaporkan telah dirisik oleh AS Roma (Itali) dan Wolfsburg (Jerman). Namun akhirnya, Boro menjadi destinasinya.

Middlesbrough memberikan beliau jersi bernombor 2. Beliau menjadi pemain kedua yang memasuki Boro sewaktu tingkap perpindahan musim sejuk selepas Rajiv van La Parra menyertai secara pinjaman dari Huddersfield.

Middlesbrough kini menduduki tangga kelima EFL Championship dengan meraih 47 mata selepas beraksi 28 perlawanan. Mereka dibezakan dengan 7 mata di belakang pendahulu liga, Leeds United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN