Kemasukkan Khalil Khamis & Status Herold Goulon Bersama Tok Gajah

Herold Goulon Chanturu Pahang Felda

Masih menjadi tanda tanya mengenai status pertahanan tengah, Herold Goulon yang telah ‘hilang’ dalam beberapa aksi pra-musim Pahang, dikatakan akibat masalah kecederaan.

Semuanya BOLA sebelum ini pernah melaporkan mengenai kecederaan yang telah menimpa dua pemain utama Pahang iaitu Herold Goulon dan pemain sayap, Mohamadou Sumareh.

Pada 8 Februari lalu, kedua-dua pemain didapati tidak menjalani latihan bersama rakan sepasukan dan hanya menjalani latihan di tepi padang dipercayai akibat masalah kecederaan.

Begitupun, pengendali Pahang, Dollah Salleh menyatakan pada ketika itu yang beliau tidak terlalu gusar dengan kecederaan mereka, namun mengakui ia sedikit mengganggu.

Pahang sudah melalui empat aksi pemanas badan setakat ini, iaitu berdepan Ultimate FC (menang 4-0), UiTM FC (3-1), Negeri Sembilan (2-0) dan terbaru berdepan UKM FC (1-1).

Dengan kemasukkan pertahanan, Khalil Khamis menjadikan persoalan Herold Goulon ini semakin hangat. Mengapa Dollah Salleh membawa seorang lagi pertahanan tengah import?

Sedangkan, sebelum ini pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata mereka sedang mencari pemain import untuk posisi tengah dan serangan, bukan pertahanan.

Mungkin Pahang mahu meletakkan dua benteng import untuk mengukuhkan kubu mereka dan ini bakal menyaksikan pemain tempatan sebelum ini, Muslim Ahmad akan tersisih.

Jika gandingan Herold Goulon dan Khalil Khamis direalisasikan, dua benteng tengah dengan ketinggian lebih 1.9 meter ini bakal menjadi mimpi ngeri buat barisan serangan lawan.

Namun, sekiranya kemasukkan Khalil Khamis untuk posisi Herold Goulon, ia pastinya disebabkan masalah kecederaannya atau akan ada perubahan posisi buat dirinya.

Adakah Herold Goulon akan bermain di posisi pemain tengah bertahan? Menarik untuk disaksikan, namun jika tidak salah, beliau baru membuat satu penampilan dalam pra-musim.

Terdapat juga dikalangan penyokong yang mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. Begitupun, pemain berusia 31 tahun itu dipercayai telah menandatangani kontrak baharu.

Apakah perancangan Dollah Salleh buat Pahang untuk musim 2020. Walaupun agak lewat memasuki pra-musim, Pahang dilihat mendapat pemain-pemain berharga buat pasukan.

KREDIT FOTO: PAHANG FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN