Kemaskini Pek Data Pertama, Konami Keluarkan Neymar Daripada Skrin Menu PES 2018

Konami sudah pun mengeluarkan Neymar daripada menu PES 2018 yang sebelum ini pemain tersebut ada bersama-sama dengan pemain Barcelona yang lain.

Namun Konami tidak menghebohkan perkara tersebut dalam kemaskini data terbaru mereka.

Dalam kemaskini pek data (data pack) PES 2018 yang pertama, beberapa perubahan kecil dilakukan Konami untuk memastikan pemain mereka merasai pengalaman yang terbaik bermain permainan video ini.

Sebelum ini PES menjadi bahan ramai pihak selepas mereka menggunakan gambar Neymar dalam promosi besar-besaran.

Namun tiada apa yang boleh mereka lakukan apabila pemain tersebut memeterai perjanjian £222 juta ke PSG ketika semua aspek permainan mereka sedia untuk dipasarkan.

Terbaru, gambar Neymar digantikan dengan Andres Iniesta. Gambar Iniesta yang dihujung sebelah kiri skrin pula digantikan dengan Gerard Pique.

PES dan Barcelona adalah rakan niaga, jadi sudah pastinya PES mahu memastikan yang terbaik untuk Barcelona.

Ini adalah 2 perbezaan skrin menu yang anda akan dapat sekiranya anda melakukan kemaskini pada permainan PES 2018 anda. Ini adalah gambar yang lama:

Dan ini adalah yang baru:

Ini satu lagi skrin menu untuk yang lama:

Dan ini yang terkini:

Namun untuk video trailer yang ada Neymar, Konami merasakan ia terlalu banyak kerja untuk mereka lakukan. Jadi mereka masih membiarkannya.

Dalam kemaskini pek data terbaru, terdapat 100 kemasikini terkini termasuk wajah pemain. Pek data kedua akan keluar pada pertengahan November ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram