Kelibat Karsten Neitzel Di Selangor, Adakah Beliau Pengendali Baharu ‘The Red Giants’?

Karsten Neitzel Selangor 2021

Nampaknya bukanlah Frank Bernhardt bersama Selangor seperti yang diramalkan oleh Semuanya BOLA, tetapi pengendali yang berpengkalan di Jerman, Karsten Neitzel.

Menurut ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam sebentar tadi, kelibat pengendali berusia 52 tahun itu telah kelihatan bersama Selangor sejak pertembungan dengan Melaka United dalam saingan Piala Malaysia 2020. Dan dikhabarkan, beliau juga sudah membuat perjumpaan bersama pemain-pemain The Red Giants.

Menurut Zulhelmi Zainal Azam, setakat ini, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) belum membuat apa-apa pengumuman sama ada beliau akan bertanggungjawab menjadi pengendali Selangor atau Selangor 2. Namun, perkhabaran daripada Transfermarkt, beliau besar kemungkinan adalah pengendali baharu skuad Liga Super Selangor nanti.

Ia juga bertepatan dengan ramalan Ketua Editor Semuanya BOLA, Ahmad Muzammil sehari selepas artikel tentang Frank Bernhardt dikeluarkan oleh Semuanya BOLA.

Pengarah Teknikal FAS, Michael Feichtenbeiner bertanggungjawab mengendalikan sementara Selangor sepanjang ketiadaan pengendali pasukan selepas pemecatan B. Satiananthan pada September – selepas kekalahan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dikhabarkan kontrak bekas pembantu jurulatih di sebuah kelab J-League, Urawa Reds pada 2009 hingga 2011, Karsten Neitzel itu akan bermula pada 1 Disember depan dan mungkin pengurusan FAS akan mengumumkannya dalam masa yang terdekat.

Menurut kenyataan Karsten Neitzel, beliau teruja dengan prospek mengendalikan pasukan di Asia dan beliau mahu mengembalikan kegemilangan Selangor. Selain itu, bekas pengendali kelab divisyen ke-4 di Jerman, Rot-Weiss Essen itu berkata yang Selangor adalah tempat baginya mempelajari budaya dan gaya permainan di Malaysia.

Katanya, “Kami mahu bentuk pasukan [dengan gaya permainan] yang akan diingati penyokong. Kami mahu membakar semangat di sekeliling pasukan. Para pemain perlu ada keghairahan untuk bermain bersama pasukan dan penyokong akan sentiasa dapat menikmati apabila menonton aksi kami sama ada di stadium atau di kaca televisyen.”

Menurut Transfermarkt lagi, Karsten Neitzel akan membawa bersamanya dua orang rakan pengendali daripada Jerman iaitu Carsten Nulle iaitu jurulatih penjaga gol dan seorang Pegawai Fisio, Marco Grimm ke Selangor bermula 1 Disember depan.

KREDIT FEATURED IMAGE: Rot-Weiss Essen

Baca lagi artikel lain mengenai Selangor:

5 Sebab Mungkin ‘Jodoh’ Frank Bernhardt Adalah Selangor

Selangor Sisihkan Bakat Muda? Tentunya Tidak, Kata Michael Feichtenbeiner

Selangor Intai Khidmat ‘Ronaldo’ Korea Utara, Han Kwang-song? Boleh Ambil Atau Tak?

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply