Kelibat Christopher Fayers Timbulkan Persoalan Status ‘Dokumen’ Lee Tuck

Christopher Fayers terengganu fc trial 2020

Selepas menandatangani pertahanan kacukan Malaysia-Scotland, Stuart Wark, Terengganu FC sekali lagi menimbulkan tanda tanya, apabila gambar sesi latihan kelihatan kelibat pemain asing.

Sebelum ini, kelibat Stuart Wark dan D. Saarvindran dalam sesi latihan telah menimbulkan ‘cakap-cakap’ di kalangan penyokong sebelum akhirnya diumumkan sebagai pemain baharu pasukan.

Jika dilihatkan, Terengganu sudah memenuhi kuota pemain import mereka dengan lima pemain telah disahkan akan bermain untuk musim 2020 iaitu Babacar Diallo, Sanjar Shaakhmedov, Faris Ramli, Dominique da Sylva dan pemain tengah serta kapten, Lee Tuck.

Lengkap 25 pemain, tidak mungkin Nafuzi Zain bakal mengambil lagi pemain baharu dan dengan kuota pemain import sudah cukup, perkara ini menimbulkan satu persoalan yang menarik.

Adakah Lee Tuck yang memiliki pertalian darah dengan Malaysia melalui neneknya itu sudah berjaya menemui bukti yang dicarinya?

Dan jika sudah berjaya membuktikan yang dirinya adalah kacukan Malaysia-England, Lee Tuck dengan mudah akan boleh dianggap sebagai pemain tempatan dan boleh menyarung jersi negara.

https://twitter.com/FootballTRG/status/1214176161833484288

Pada April lalu, pemain tengah berusia 31 tahun itu menjelaskan beliau masih gagal mencari dokumen bagi membuktikan mengenai pertalian darahnya dengan Malaysia dan akan terus mencari.

Dengan cuti pra-musim pada penghujung musim baru-baru ini, sudah pasti pemain kelahiran Halifax, England itu telah pulang ke kampung halaman dan sudah tentu meneruskan misi memburu dokumen-dokumen penting peninggalan neneknya itu.

Adakah Lee Tuck sudah temui dokumen itu sehingga Terengganu kembali membuka ruang untuk pemain import baharu hadir untuk mencuba nasib dalam sesi latihan pasukan di Kuala Terengganu?

Pemain yang dikatakan sedang bersama Terengganu ketika ini adalah Christopher Fayers, merupakan pemain yang beraksi di kelab-kelab bawahan di Australia dan baru berusia 22 tahun.

Menurut laman Twitter Harimau Abroad, yang telah diajukan persoalan mengenai status kewarganegaraan pemain tersebut, pihak mereka menyatakan, tidak dapat dipastikan sama ada bekas pemain kelab Maitland itu memiliki pertalian darah Malaysia.

Semuanya BOLA telah cuba menghubungi pengendali Sang Penyu, Nafuzi Zain untuk mengesahkan status kelibat pemain muda itu, namun tiada sebarang jawapan yang diberikan.

Namun, pihak kami akan mencuba sekali lagi bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai Christopher Fayers selepas Nafuzi Zain bersedia untuk memberikan jawapan mengenai perkara ini.

Kredit Foto: Terengganu FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN