Kelayakan Shopee Piala FA 2019: Klasiko FC Waspada Ancaman ‘The Rossoneri’ Pantai Timur, Raja Permin

Pasukan komuniti dari Gombak, Klasiko FC mengambil langkah waspada menuju ke tanah yang tak pernah dijejak menjelang aksi kelayakan Shopee Piala FA 2019 menentang pasukan komuniti dari Chendering, Terengganu iaitu Raja Permin.

Raja Permin yang turut dikenali dengan nama ‘The Rossoneri’ kerana warna merah hitam kelab mereka yang persis AC Milan, bakal melayan kunjungan Klasiko FC yang kali pertama bermain di Terengganu sejak penubuhan kelab mereka, di Kompleks Sukan Gong Badak, Terengganu.

Mengulas pertemuan dengan Raja Permin pada Sabtu esok, pengurus Klasiko FC, Khairil Anuar mengaku persiapan pasukan beliau berjalan dengan lancar meskipun tidak dapat menggunakan khidmat ayam tambatan mereka dari Nigeria, Desmond Amadi yang masih belum mendapatkan sijil perpindahan antarabangsa (ITC).

Desmond Amadi terlepas peluang bermain pusingan kelayakan Shopee Piala FA 2019 dengan Klasiko FC kerana masalah ITC. (Foto: asiana.my)

“Ketika Amateur Football League (AFL) mengumumkan kebenaran menggunakan pemain import, kami ada 2 minggu sahaja untuk mempersiapkan ITC bagi Desmond. Jadi kami akan menggunakan 100% khidmat pemain tempatan sahaja dulu,” kata Khairil.

Klasiko yang juga merupakan naib juara Shah Alam League M5 pada tahun lepas turut akan diperkuatkan dengan 5 muka baru dari pelbagai kelab termasuk Perlis FA dan Kuantan FA. “Selebihnya adalah pemain kami semasa kempen Shah Alam League M5 tahun lepas,” tambah Khairil lagi.

Sementara itu Raja Permin pula mengekalkan sebahagian besar skuad mereka yang bermain dalam kempen Terengganu Amateur League (TAL) 2018 dan Community Challenge Cup 2019. Pegawai pasukan mereka, Dede Ellane Zainuddin berkata, “Syukur kami tiada apa-apa masalah kecederaan yang serius. Semua pemain bersemangat untuk bermain.”

Raja Permin, yang rata-ratanya dibarisi pemain-pemain muda turut diperkuatkan dengan bekas pemain Terengganu, Shahrul Ezrain. Mereka tidak mensasarkan apa-apa selain mendapatkan pendedahan bermain di platform pertandingan tertinggi di Malaysia. “Kebanyakan pemain kami, paling tinggi pun, pernah bermain di Liga IPTA. Jadi peluang bermain dalam Piala FA ini sahaja dah beri kami satu penghormatan besar,” tambah Dede.

Dalam edisi Piala TAL 2018, Raja Permin menamatkan saingan Premier League di tangga ke-5. Dalam saingan Community Challenge Cup, mereka menamatkan saingan di tangga ke-3 daripada 8 pasukan bertanding.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN