Kelayakan Piala FA 2020: Klasiko FC Waspada Ancaman KL Rovers

Klasiko FC

Pasukan yang bakal beraksi dalam saingan Liga M3 2020, Klasiko FC ingin lebih berwaspada terhadap ancaman bakal diberikan KL Rovers pada aksi kelayakan Piala FA Malaysia 2020 di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya, Ahad ini.

Meskipun lawan mereka itu merupakan pasukan yang kali pertama terlibat dalam pentas Piala FA tetapi KL Rovers kelihatan begitu ghairah mengikat pemain-pemain berpengalaman seperti Hafiz Kamal serta dua bekas import Melaka United, Sergio Fabian Ezequiel Aguero dan Davy Claude Angan.

Menurut pengurus pasukan Klasiko FC, Khairil Anuar, mereka tidak boleh memandang rendah terhadap kemampuan KL Rovers dan mengakui perancangan terbaik perlu dilakukan untuk memastikan pasukannya mampu mara sekurang-kurangnya ke pusingan ketiga.

Dalam pada itu, beliau turut memasang impian besar untuk melihat anak buahnya mampu bertemu dengan pasukan hebat seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor.

“Sebenarnya perlawanan pada Ahad ini sukar bagi kami kerana KL Rovers dilihat cukup bersemangat dan bersedia dengan dibarisi pemain-pemain hebat seperti Hafiz, Aguero dan ramai lagi.

“Jadi, kami perlu melakukan persiapan rapi untuk menentang mereka kerana ini pusingan kalah mati dan macam-macam boleh berlaku.

“Sudah pasti, kami ingin mara sehingga ke pusingan ketiga kerana itulah peluang untuk kami berentap dengan pasukan seperti JDT dan Selangor di mana ia pastinya akan menjadi pengalaman sangat berharga buat pasukan kecil seperti kami”, jelasnya.

Aksi pusingan kelayakan Piala FA Malaysia 2020 akan bermula pada harı Sabtu dan Ahad ini dengan menampilkan sebanyak 30 pasukan akan berentap untuk melayakkan diri ke pusingan pertama.

Kredit foto: Football Selangor – FS

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN