Kelayakan Piala Dunia: Vietnam Cemerlang Benam Garuda Di Bali

Vietnam berkongsi mata dengan Thailand yang berada di kedudukan teratas Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selepas menewaskan Indonesia 3-1 di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Gianyar, Bali.

Perlawanan yang pada mulanya dijadualkan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta itu terpaksa dipindahkan ke Bali disebabkan faktor keselamatan.

Bagi Vietnam kemenangan ini mengekalkan rekod cemerlang mereka di dalam kempen kelayakan kali ini. Selepas mengikat Thailand pada awal September lalu, skuad kendalian Parh Hang-seo menewaskan Malaysia 1-0 di Hanoi untuk mengumpul keseluruhan 7 mata setakat ini.

Bagi Indonesia,ini adalah kekalahan pasukan itu yang keempat berturut-turut. Selepas tewas 3-2 kepada kepada skuad bimbingan Tan Cheng Hoe, Sang Garuda ditewaskan Thailand 3-0 di gelanggang sendiri, sebelum terus layu dibelasah UAE 5-0 di Abu Dhabi.

Berada di kedudukan tercorot, Indonesia kekal sebagai satu-satunya pasukan tanpa sebarang mata dalam Kumpulan G.

Vietnam membuka tirai jaringan menerusi Do Duy Minh pada minit ke-26 untuk mendahului pada babak pertama permainan.

Babak kedua perlawanan menyaksikan Que Ngoc Hai dan Nguyen Tien Linh menambah dua lagi gol pelawat pada minit ke-55 dan 61.

Indonesia meraih gol tunggal enam minit sebelum perlawanan tamat hasil jaringan Irfan Bachdim, namun sudah terlambat untuk mereka sekurang-kurangnya bangkit mendapatkan mata pertama dalam kempen kelayakan kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN