Kelayakan Piala Dunia: Saya Rasa Tak Sempat Pulih, Keluh Nor Azam Azih

Nor-Azam-Azih-Shahrel-Fikry-Partiban-Malaysia-Latihan

Biarpun pengendali skuad kebangsaan masih berharap Nor Azam Azih sempat pulih menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam, empunya diri seakan-akan sudah jelas yang dirinya tidak akan sempat pulih menjelang Khamis.

Mengalami kecederaan buku lali buat kesekian kalinya, pemain tengah berusia 24 tahun itu sukar untuk menjelaskan situasinya kini yang masih berlatih dengan jurulatih kecergasan. Namun baginya masih banyak lagi peluang lain buatnya selepas ini.

“Saya rasa tak sempat sebab ada beberapa hari lagi sebelum perlawanan di Hanoi dan saya cuma fokus kepada pemulihan.

“Satu kerugian bagi saya, tapi selepas ini banyak lagi perlawanan dan karier saya pun masih panjang,” tambah arkitek skuad negara yang mempamerkan aksi cemerlang dalam dua aksi, berdepan Indonesia dan UAE di dua aksi awal kelayakan sebelum ini.

“Apabila berlari (buku lali) akan kembali bengkak dan ketika bersama Pahang pun saya banyak buat sesi pemulihan. Cuma mereka (pasukan perubatan) kata ia tak serius.

“Saya pernah mengalami kecederaan buku lali pada 2014 dan kali ini kena lagi, saya pun tak tahu nak kata apa,” ujarnya mengenai status kecederaan yang dialaminya kepada Berita Harian.

Gandingannya baiknya bersama Brendan Gan di jentera tengah sudah pasti mahu ditagih lagi oleh Tan Cheng Hoe namun jika gagal pulih dalam tempoh masa yang sepatutnya, tempatnya mungkin akan menjadi rebutan beberapa pemain seperti Akram Mahinan, Syamer Kutty Abba dan Azzizan Nordin.

Selain Nor Azam Azih, dua lagi pemain tengah yang diberitakan turut sedang mengalami kecederaan iaitu Danial Amier Norhisham dan Halim Saari – namun status tidak dimaklumkan sepenuhnya.

Melihatkan situasi ini, Tan Cheng Hoe pasti akan memilih Akram Mahinan ataupun Syamer Kutty Abba yang sudah berpengalaman bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Nor Azam Azih namun risiko yang perlu ditanggung adalah kombinasi bersama Brendan Gan, adakah ianya mampu direalisasikan atau menjadi beban.

Malaysia akan memanaskan badan turun menentang Sri Lanka dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam esok sebelum berangkat ke Hanoi untuk pusingan kelayakan menentang Vietnam pada 10 September depan.

Kredit Featured Image: S.S.Kanesan/The Star

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN