Kelayakan Piala Dunia 2022: Safawi Rasid Tak Pandang Rendah Keupayaan Indonesia

Kerjasama Semuanya BOLA

My Dinh

Tonggak utama skuad negara, Safawi Rasid menegaskan bahawa cabaran lawan yang bakal ditemui pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 malam ini, Indonesia tidak seharusnya dipandang rendah walaupun aksi pusingan pertama di Jakarta menyebelahi Harimau Malaya.

Pertembungan dua musuh tradisi di Stadium Gelora Bung Karno pada 5 September lalu menyaksikan anak buah Tan Cheng Hoe dua kali bangkit dari ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan 3-2.

Tiga jaringan skuad negara itu disumbangkan oleh dua jaringan peribadi daripada Mohamadou Sumareh serta satu lagi gol menerusi Syafiq Ahmad.

Safawi

Indonesia yang tidak beraksi pada minggu lalu tiba lebih awal di tanah air bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran dan turut melakar kemenangan 3-0 pada aksi ujian menentang PKNS FC hasil jaringan daripada Lerby Eliandry [dua gol] dan Septian David.

”Kami tidak boleh memandang rendah keupayaan Indonesia. Walaupun lawan kami itu masih belum mencatatkan sebarang kemenangan pada aksi Kelayakan Piala Dunia, mereka masih merupakan sebuah pasukan yang bagus.”

Menurut sumber media Indonesia, Bolalob, Safawi turut berazam untuk meningkatkan prestasinya menjelang perlawanan malam ini.

Safawi Rasid Malaysia Vietnam Kelayakan Piala Dunia
FOTO: FAM

”Saya memiliki beberapa peluang ketika perlawanan menentang Thailand tetapi gagal untuk menterjemahkannya kepada jaringan.”

”Saya akan berusaha untuk menajamkan lagi penyudah dan memberikan yang terbaik ketika berhadapan Indonesia.”

Safawi pada ketika ini pastinya berada dalam mood terbaik bagi menghadapi perlawanan bertemu Indonesia selepas beliau dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) ketika Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019, Jumaat lalu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram